Monday, 30 July 2018

Bimbingan dan Kaunseling

Bimbingan dan Kaunseling

1.  Definisi/Konsep

Definisi: Satu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling.





Bimbingan dan Kaunseling
1.Bimbingan
Istilah perkataan bimbingan bermaksud memberi panduan atau nasihat kepada seseorang. Menurut Crow and Crow (1963) mengatakan bahawa konteks  pendidikan  atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada murid yang berkenaan. Manakala Profesor Dr. Othman Mohamed berpendapat bahawa bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong yang melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat bersesuaian  bagi penentuan sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.
2.Kaunseling
Menurut Shertzer and Stone (1968), kaunseling bermaksud proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasi.Kaunseling juga bukan bertujuan menolong klien menyesuaikan diri dengan alam sosial, tetapi menolong individu memahami kelebihan, kelemahan dan potensi diri (Arbuckle (1965). Daripada Patterson and Eisenberg (1983) mengatakan bahawa proses pertemuan secara bersemuka antara seorang kaunselor dengan kliennya yang membawa perubahan kepada kliennya.Sama juga dengan proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya (Blocher (1974). Kaunseling mengajar klien supaya diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulkan masalah pada dirinya (Corey (1977). Malahan juga lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu (James (1982).

2.Konsep Bimbingan dan Kaunseling
Guru yang mengambil bidang dan kemahiran berkaiatan dengan bimbingan dan kaunseling sangat berbeza dengan guru biasa yang tiada kemahiran tersebut kerana mempunyai bidang tambahan bagi memantapkan pendirian sebagi seorang guru. Guru Bimbingan dan kaunseling berpengalaman mendapat latihan khusus dalam Bimbingan dan Kaunseling termasuk sesi kaunseling sendiri. Manakala, guru biasa pula tidak mendapat latihan khusus dalam bidang tersebut.

3.Perbezaan Bimbingan dan Kaunseling
Bimbingan
Kaunseling
-Semua orang boleh memberi bimbingan.
-Dalam bimbingan ada kaunseling
-Bimbingan untuk semua
-Berlaku di mana-mana sahaja
-Aplikasi teori dan pengetahuan
-Ada bilik khas
-Pertemuan secara bersemuka antara kaunselor dengan klien.
-Kaunselor bertauliah/ lesen/ menghadiri kursus Bimbingan dan Kaunseling
-Garis panduan kod etika.

4.Matlamat Kaunseling
Kaunseling mempunyai matlamat yang tersendiri supaya menyedarkan klien menyesuaikan dirinya dalam sesi pembelajaran di sekolah dan juga peribadi diri seseorang. Antaranya, mengajar klien untukbertanggungjawab ke atas dirinya. Klien diajar bertanggungjawab ke atas diri sendiri. Sifat lepas tangan tidak mendapat hasil yang baik. Klien yang bertanggungjawab ke atas dirinya akan berusaha sambil berhati-hati dalam mengatur dan merancang perjalanan hidupnya.
Seandainya timbul sebarang masalah, klien yang bertanggungawab ke atas dirinya tidak akan menyalahkan orang lain. Seterusnya, memperbaiki imej diri yang negatif hanya merupakan halangan bagi klien untuk mencapai cita-cita atau membuat sebarang tindakan. Klien seperti ini akan menyekat perkembangan dan penggunaan potensi dirinya. Kaunselor membimbing klien membentuk imej yang positif. Di antara lain, kita belajar memupuk ciri-ciri yang negatif. Imej dari yang positif menandakan kestabilan personaliti.
Selain itu,Seorang kaunselor mengajar klien menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.Penyesuaian diri sama ada dengan orang lain atau persekitaran amat penting. Klien yang tidak tahu atau tidak mahu belajar menyesuaikan diri akan mengalami banyak konflik. Klien perlu sedar bahawa dia tidak boleh mengharapkan orang lain atau persekitaran tidak akan berubah. Maka apa yang penting di sinilah klien belajar menyesuaikan diri dengan keadaan sebagai usaha mengurangkan ketegangan atau konflik. Di samping itu, mempermudah atau menggerakkan perubahan tingkahlaku klien.Tingkah laku yang sedia ada menjejaskan perjalanan hidup klien.
 Tingkah laku perlu disesuaikan dengan ‘siapa’ klien berinteraksi, bila , tujuan dan situasi di mana klien berada. Kaunselor mengajar klien membuat perubahan tingkah laku yang mampu dilakukannya. Perubahan tingkah laku tidak semestinya besar. Ianya boleh merupakan perubahan yang kecil. Faktor penting ialah klien dapat mengurus dan mengawal perubahan yang berlaku. Perubahan ini pula biarlah berkekalan.
Seharusnya,kaunseling membantu klien menjadi lebih produktif. Kaunselor membimbing klien supaya menyedari bahawa hidup ini tidak statik. Apa yang penting ialah klien perlu berusaha sedaya upaya dia inginkan hasil yang memuaskan. Dengan kata lain, klien tidak boleh berdiam sahaja sambil mengimpikan satu kehidupan  yang berkesan dan memuaskan. Kaunseling turut membimbing klien mencari dan memupuk sumber dalaman. Kaunseling menyedarkan klien bahawa setiap manusia mempunyai kelebihannya sendiri. Klien sering tidak mempedulikan sumber dalaman yang dimilikinya dan seterusnya mengakibatkan helplessness. Klien yang menggunakan sumber dalamnya akan berasaskan bahawa dia boleh mengawal perjalanan hidupnya (setakat yang termampu olehnya).
Mempertingkatkan kemampuan klien membuat keputusan. Klien sering mengelakkan diri daripada membuat keputusan ini kerana tugas dan proses membuat keputusan ini kerana tugas dan proses membuat keputusan ini kerana tugas dan proses membuat keputusan bukanlah sesuatu perkara yang menyeronok atau menyenangkan. Banyak masalah timbul kerana klien tidak memberi kata putus. Kaunselor membimbing klien melalui proses membuat keputusan. Klien akan menimbang sendiri beberapa perkara akan memudahkannya membuat keputusan. Keputusan yang matang memerlukan klien mengambil kira faktor pengorbanan peribadi, masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya (George & Cristani, 1990).
 Klien juga diajar bagaimana menggunakan sumber yang wujud dalam persekitaran dalam membuat keputusan yang baik. Membantu klien mengurus masalah yang belum selesai dalam hidupnya. Memang benar tidak semua anusia akan mengalami masalah seandainya konflik yang berlaku pada masa dahulu tidak diatasi. Namun, kemungkinan besar wujud keadaan di mana kelemahan seperti kekeliruan, kerunsingan, kemarahan dan salah faham lahir kerana sesuatu konflik (sama ada kecil atau besar) yang berlaku pada masa dulu perlu dilihat kembali, diatasi atau dihadapi. Tugas kaunselor di sini ialah membimbing klien melalui proses ini.

5.Prinsip Kaunseling
Prinsip kaunseling terbahagi kepada 5 perkara. Antaranya, peluang, tanggungjawab bersama, prosedur, hubungan mesra dan kepercayaan. Peluang mesti ada pada kaunselor kepada pelajar untuk meluahkan perasaannya. Setiap murid yang menghadapi masalah harus diberi peluang menerima perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, tanpa mengira kaum, status sosial, latar belakang dan agama atau kepercayaan. Kaunselor dan klien mesti bersifat bertanggungjawab bersama sebab kerjasama harus wujud bukan hanya pada kaunselor dan murid yang memerlukan bimbingan, tetapi juga antara kaunselor dengan pihak sekolah termasuk rakan sejawatan dan ibu bapa yang berkenaan.Sesi kaunseling turut mengikut prosedur atau tatacara.
Sesi ini mesti diuruskan oleh pihak Bimbingan dan Kaunseling mengikut prosedur dan peraturan atau tatacara yang ditetapkan. Ia menjadi berkesan apabila dirancang secara sistematik dan teratur.Seterusnya pihak kaunselor patut berhubungan mesra dan kepercayaan kepada klien. Sikap ini mewujudkan interaksi antara kaunselor dengan murid berdasarkan prinsip hubungan mesra, percaya, ikhlas dan jujur terhadap klien.Setiap klien tidak boleh dipaksa menerima nasihat atau terapi sepenuhnya.Tidak kira apa bentuk tip-tip yang diberi kepada murid yang sudi rela menerimanya dan tidak boleh dipaksa, termasuk memilih tempat perbincangan.Sesi kaunseling mesti dijalankan di dalam bilik khas yang mana sesi ini dijalankan oleh kaunselor dan kliennya di dalam bilik yang disediakan khas.
Pihak kaunselor mesti diutuskan mengikut etika apabila berdepan dengan klien.Segala maklumat murid adalah sulit dan hanya didedahkan kepada pihak yang bersama membantunya sahaja atas persetujuan klien supaya menjaga imej dan maruah diri.Sesi kaunseling mesti dijalankan dalam situasi bersendirian antara kaunselor dan murid sahaja. Tujuannya adalah untuk melindungi maklumat peribadi klien daripada pengetahuan pihak luar.Segala perkara yang dibincangkan harus dirahsiakan.Kaunselor patut merancang tindakan susulan selepas proses perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling agar memastikan masalah yang dihadapi, sama ada akademik ataupun emosi-sosial, tidak akan timbul semula. Sesi ini perlu diuruskan oleh kaunselor yang bertaulh iaitu orang yang mahir serta berupaya membimbing klien dirinya menyelesaikan masalah akademik ataupun masalah peribadi.

6.Kepentingan kaunseling
Kaunseling ini penting bagi setiap guru dan murid sebagai persediaan untuk menghadapi situasi yang membabitkan diri, keluarga dan masyarakat. Pada zaman yang serba moden ini, pengurusan terhadap sesi kaunseling mudah kerana persekitaran tempat yang selesa dan lengkap dengan hiasan yang mengubah persepsi diri kaunseling serta mudah menjalankan sesi kaunseling dengan tenang dan fokus. Di sebalik keselesaan dalam pengurusan kaunseling, banyak cabaran yang sering hadapi oleh kaunselor akan kerenah klien yang berlainan sikapnya, latar belakang keluarga dan kelakuannya. Hal ini demikian, situasi sewaktu sesi kaunseling akan berlaku kewujudan ketegangan dan ketidakpastian di tempat kerja bagi klien kerana masalah pada klien yang telah diluahkan dianggap perkara peribadi dan tidak perlu diceritakan kepada orang lain.
Seterusnya, berlaku ketidakseimbangan emosi apabila kaunselor memberi peluang klien untuk menceritakan masalah diri. Pada yang sama, klien turut mudah melepaskan emosi yang menghalang kaunselor menerima maklumat klien sehinggakan kaunselor tidak faham apa yang dikatakan oleh klien dan sukar untuk mencari jalan penyelesaian masalah. Hasilnya, maklumat asal klien tidak jelas dan susah untuk difahami. Selain itu, kebimbangan tentang kemahiran dan kemampuan daripada kaunselor. Kaunselor selalu menggunakan teknik bagi mengubah persepsi klien supaya sedarkan diri untuk berubah perangai dan sikap klien. Antaranya, kaunselor melihat reaksi wajah klien yang menunjukkan pendirian dan personaliti dirinya. Klien turut terasa seolah-olah kaunselor telah mengetahui masalah dirinya dan terancam dengan maruah yang dimiliki.
Di samping itu, perbezaan individu yang bertentangan dengan imej korporat biasa berlaku antara dua pihak yang mana kedua-dua pihak mempunyai pengalaman yang berbeza. Pada saat sesi kaunseling, berlaku perselisihan pendapat yang dikenali sebagai konfrontasi. Perkara ini biasa berlaku pada setiap klien yang pernah berjumpa dengan kaunselor. Prestasi kerja yang tidak memuaskan dan tabiat kerja yang tidak baik. Antara dugaan yang dihadapi oleh kaunselor memang boleh dielakkan kerana setiap sesi kaunseling kepada klien yang berbeza masalah semua mencapai objektif dalam sesi tersebut. Ada masalah yang ringan dan juga masalah yang berat yang perlu diatasi kedua-duanya. Biasanya masalah ringan pula seperti masalah emosi akibat dibuli manakala yang berat misalnya masalah keluarga yang mengancam kehidupannya.
Masalah peribadi dan keluarga sering terjadi pada diri seseorang klien menyebabkan gangguan dalam kehidupannya. Apabila klien berjumpa dengan kaunselor, dia akan segan untuk menceritakan masalah peribadi kepada kaunselor yang mengakibatkan imej diri tercemar. Kebosanan kerja dan kekurangan pergerakan kerjaya pula terjadi apabila klien terlalu lama berjumpa dengan kaunselor atau selalu berjumpa dengan kaunselor yang mungkin menimbulkan rasa bosan baginya. Tanggapan sesetengah klien terhadap sesi kaunseling tidak berubah apa-apa persepsi kerana sesi ini hanya menggunakan lisan untuk membetulkan persepsi dan emosi mereka. Keperluan pertolongan untuk mengembangkan sesuatu tingkah laku.
Kaunseling turut memerlukan pertolongan daripada kaunselor kepada klien untuk mengubah tingkah laku seseorang yang bermasalah kepada seorang yang baik. Bantuan bagi penyelesaian masalah turut disertai dengan sokongan moral untuk mengukuhkan personaliti diri klien. Proses ini berjalan dengan tempoh lama mengubah pendirian seseorang untuk menjadi klien yang normal semula. Akhir sekali, keperluan sokongan dalam menghadapi krisis semasa
7.Etika kaunseling
Etika kaunselong ditikberatkan oleh setiap kaunseling supaya sesi kaunseling dijalankan dengan baik dan lancar. Akta dan peraturan sebelum kaunseling mesti diambil dahulu bagi mengelak perasaan syak daripada pihak luar terhadap kaunselor yang berdaftar.Tambahan pula,seseorang kaunselor berdaftar hendaklah mematuhi Akta Kaunselor 1988. Tujuannya adalah untuk mempertahan dan mengekalkan sahsiah mulia, profesional, berdaya saing, berwibawa dan reportasi seseorang kaunselor berdaftar maka terdapat tanggungjawab seorang kaunselor berdaftar kepada klien.
Mengutamakan kepentingan klien dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri. Maksudnya, setiap klien mempunyai identiti sendiri yang perlu dilindungi oleh setiap kaunselor supaya imej diri tidak tercemar. Seterusnya,menghormati hak peribadi klien dan menyifatkan segala maklumat yang diperolehi semasa kaunseling sebagai rahsia, melainkan jika mengikut budi bicara kaunselor maklumat yang diperolehi boleh atau dianggap membahayakan klien atau orang lain dipersekitaran. Kemudian,memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi kliennya.Selepas itu,emberitahu tentang tanggungjawab klien dalam pembentukan tingkah laku dan kaunselor hendaklah menghormati apa-apa keputusan yang dibuat oleh klien kemudian.
Di samping itu, menjelaskan kepada klien tentang keputusan proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling yang diberikan.Merujuk klien kepada pakar yang relevan sekiranya kaunselor berdaftar mendapati klien tersebut memerlukan perkhidmatan pakar di luar bidang kepakaran kaunselor berdaftar.

8.Jenis perkhidmatan kaunseling
Antara jenis perkhidmatan yang digunakan dalam kaunseling ialah perkhidmatan inventori individu dan rekod pelajar .Ia berfungsi untuk mengendalikan fail bimbingan yang mempunyai maklumat klien yang terperinci.Seterusnya, setiap kaunselor bertanggungjawab mengumpul dan merekodkan butiran yang berkaitan dengan penilaian dan pentafsiran minat pelajar.Mengawas perangkaan dan corak kehadiran pelajar yang dirujuk untuk tujuan kaunseling turut diambil berat oleh kaunselor bagi memastikan program kaunseling pula berfungsi dengan baik.
Setiap kaunselor berperanan untuk menyelaras, menjaga dan mengemaskini rekod pelajar untuk pemerhatian perubahan klien sekiranya masalah berulang kembali. Kaunselor patut memberi maklumat objektif mengenai pancapaian, kemajuan dan prestasi pembelajaran pelajar bermasalah untuk tujuan pemulihan. Bagi Perkhidmatan Pemberian maklumat berperanan untuk mengumpul, menyedia, dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional, latihan, dan latihan kepada pelajar (melalui risalah-risalah, buku-buku kecil, poster, hari kerjaya dan buletin sekolah) bertujuan adalah untuk memberi artikel dan juga peluang pekerjaan sebagi kaunselor.
Seterusnya, menambah dan mengemaskinikan fail-fail maklumat kerjaya dan peluang latihan, pelajaran, sosial, dan peribadi untuk menjaga keperibadian pelajar.Di samping itu, ia memberi maklumat dan penerangan tentang pentingnya mengisi borang permohonan dengan tepat. Mengelola lawatan terancang kerjaya atau pelajaran ke kilang perusahaan atau tempat pekerjaan yang lain. Memberi maklumat mengenai kerjaya dan lain-lain pertolongan yang diperlukan oleh guru-guru dan anggota masyarakat. Menyebarkan maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah. AIDS, bahaya merokok, dan inhalen untuk menyedarkan masyarakat akan bahaya bahan-bahan terlarang yang mendorong kerosakan diri.
Bagi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kelompok berfungsi untuk mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang boleh menggalakan perkembangan konsep kendiri, vokasional, kognitif-afektif, psikososial, fizikal-seksual dan moral agama pelajar.Ia membincangkan mengenai sesuatu topik yang sesuai dengan sesuatu kelompok yang tertentu. Contohnya, masalah disiplin, masalah peribadi, masalah sosial dan lain-lain topik seperti  yang dicadangkan oleh pelajar-pelajar dari semasa ke semasa.Hal ini dapat membantu pelajar memilih mata pelajaran elektif untuk peperiksaan termasuklah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).Perkhidmatan ini juga menubuh dan melatih pasukan Pembimbing Rakan Sebaya dan menyelia aktiviti mereka.
Untuk perkhidmatan kaunseling terbahagi kepada tiga jenis iaitu kaunseling individu, kaunseling kelompok, kaunseling keluarga dan kaunseling tunjuk ajar. Perkhidmatan Penempatan Membantu pelajar memilih aktiviti ko-kurikulum berdasarkan kebolehan, minat kerjaya pilihan dan kemampuan bagi mencungkil bakat pelajar. Penempatan pekerjaan adalah menjadi penyelaras menempatkan pelajar mengikuti program pengalaman bekerja (jika program seumpama ini diadakan) untuk menambah pengetahuan dan pengalaman diri. Seterusnya,membantu Bahagian Pendidikan Vokasional  dan Teknik dalam mengadakan sistem memperoleh data atau butiran yang perlu bagi laporan susulan mengenai pelajar lepasan sekolah vokasional dan teknik (khusus untuk sekolah menengah vokasional dan teknik) bagi mengetahui perkembangan pelajar dan perubahan situasi suatu tempat. Ia membantu menempatkan pelajar sekolah menengah untuk memasuki institusi-institusi pekerjaan.
Perkhidmatan Pendidikan Pencegahan Dadah Mengadakan bimbingan dan kaunseling individu atau kelompok atau kaunseling tunjuk ajar dalam menanam dan memupuk sikap dan memberi nilai membenci dadah dan inhalen bagi mengenali bahaya dadah dan perihatin dengan persekitaran yang mempunyai unsur-unsur dadah.Perkhidmatan ini memberi bantuan atau pertolongan kepada pelajar untuk mendapatkan bantuan pemulihan dan rawatan dan menampung kehidupan. Pihak ini juga membuat penilaian dan memberi maklum balas atau laporan kepada kementerian atau jabatan Pendidikan Negeri tentang program pencegahan dadah di peringkat sekolah untuk mengumpul reaksi pelajar terhadap keberkesanan program
Perkhidmatan Konsultasi dan Rujukan berperanan untuk membantu bekas pelajar sekolah berkenaan dalam hal berkait dengan soal peribadi, kerjaya, pelajaran dan sebagainya apabila diminta.Membantu pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan mendalam mengenai program bimbingan di sekolah.Membantu ibu bapa atau penjaga pelajar dalam hal berkait dengan kebajikan pelajar. Berunding dan berbincang dengan staf sekolah tentang cara-cara untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan bimbingan di sekolah. Perkhidmatan juga merancang bersama dengan guru-guru tentang cara yang paling berkesan sekali untuk mengawasi kemajuan pelajar dan mengadakan prosedur-prosedur yang tertentu dalam merujuk kes-kes seperti penagihan dadah kepada agensi-agensi atau pakar-pakar seperti doktor, pakar kanak-kanak, pakar jiwa, pegawai kebajikan dan sebagainya.
Perkhidmatan Konferen dengan ibu bapa turut mengadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama mengawal kemajuan pelajar terutamanya dalam pelajaran.Pihak ini menghubungi ibu bapa atau penjaga apabila kemajuan pelajar tidak memuaskan dan terlibat dalam pelbagai .Ia menjadi penyelaras program orientasi untuk pelajar dan ibu bapa pelajar baru.Pihak konferen bekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga dalam mewujudkan disiplin di kalangan pelajar. Jika ada kelapangan, pihak perkhidmatan tersebut mengadakan kaunseling keluarga jika didapati pasti bahawa masalah yang dihadapi oleh pelajar berpunca daripada keluarga.
Perkhidmatan Penyelarasan Resos Penyelarasan bagi aktiviti-aktiviti berhubung dengan kebajikan pelajar di antara sekolah dengan agensi lain dan dijadikan  punca rujukan dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum.Penyelaras bagi penglibatan majikan, agensi kebajikan dan orang-orang kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah.Ia turut merancang dan menjadi penyelaras dalam usaha untuk memperkenalkan lagi aktiviti-aktiviti bimbingan kepada agensi-agensi dan komuniti setempat. Manakala,Perkhidmatan Penilaian  pula membuat penilaian aktiviti bimbingan di sekolah dengan tujuan untuk membaiki teknik kepimpinan dalam setiap persatuan  seperti Pembimbing Rakan Sebaya, Kem Jaya Diri, Skim Lencana Anti Dadah dan motivasi pelajar.Sistem penilaian turut menilai modul atau model bimbingan sebelum dilaksanakan di peringkat sekolah.



9.Teori kaunseling
Teori Perorangan (Pendekatan Humanistik –PCC)
Sejarah:
Carl Rogers
Nama penuhnya Carl Ransom Rogers. Beliau dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Oak Park, Illinois, Amerika Syarikat. Beliau meninggal dunia pada 4 Februari 1987 di San Diego. Beliau berwarganegara Amerika Syarikat dan telah berkhidmat di University of Wisconsin-Madison Teachers College dan Columbia University. Beliau merupakan pengasas teori perorangan.
Teori Perorangan
Dipelopori oleh Carls Rogers hasil daripada pengaruh Field Theory.Field Theory berperanan dalam perubahan signifikan berlaku hasil daripada hubung kait semasa yang membawa maksud kewujudan gejala atau keadaan yang dapat menimbulkan perubahan dan perubahan turut berlaku dalam diri seseorang individu.Dalam bukunya bertajuk, Counseling and Psychotherapy telah mengubah cara kaunselor dan ahli psikoterapi di Amerika Syarikat pada tahun 50-an dalam usaha membantu penyelesaian masalah klien.Beliau telah mengemukakan konsep kemesraan dan kepentingan hubungan yang rapat antara kaunselor dengan klien bagi mewujudkan suatu interaksi yang penuh dengan penerimaan daripada kaunselor dan klien.
Hal ini demikian, perasaan terpendam pada diri klien dapat diluahkan kepada kaunselor secara mudah tanpa kerahsiaannya.Pendekatan pemusatan perorangan dahulunya dikenali sebagai pendekatan pemusatan klien yang asalnya dipanggil terapi tanpa arahan.Daripada Cottone (1992) melaporkan bahawa Rogers menggunakan Rogers menggunakan istilah “ Pemusatan Perorangan “ hasil daripada kepercayaannya terhadap individu dan keperluan melihat manusia dari sudut pandangan positif dan bukan dari sudut pandangan klinikal.
Menurut Carl Rogers, manusia mempunyai desakan semula jadi untuk memajukan diri dan sentiasa bergerak ke arah kesejahteraan diri. Seorang individu juga berupaya memberikan penilaian positif terhadap pengalaman yang dirasai sebagai positif dan penilaian negatif bagi pengalaman yang dirasai sebagai negatif. Secara tidak langsung, seseorang individu dapat mengasingkan hasil daripada pengalaman positif dan negatif dalam pertumbuhan hidupnya.Seorang individu juga boleh menerima atau menolak pengalaman tersebut dan memberikan pengertian yang bermakna dalam pembentukan konsep kendiri.



Konsep Asas Teori Pemusatan Perorangan
Manusia sangat unik, mempunyai potensi diri untuk berkembang, boleh dipercayai, dan berkemampuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah demi menuju ke arah kesempurnaan (self-actualization). Setiap manusia akan sentiasa bertindak dan bergerak maju ke hadapan demi mencapai sesuatu kecenderungan seperti keterangan Maslow atau Hierarki maslow.
Menurut Maslow, keperluan pada tahap yang paling bawah, iaitu keperluan fisiologi harus dipenuhi lebih dahulu kerana keperluan pada peringkat kedua tidak akan wujud jika keperluan pada peringkat pertama tidak lengkap.Maslow juga menyebut bahawa terdapat perbezaan antara keperluan peringkat bawah dengan keperluan peringkat tinggi. Antara perbezaan tersebut adalah seperti yang berikut. Ia termasuk keperluan pada peringkat tinggi wujud lewat dalam pertumbuhan diri manusia dan kewujudannya adalah secara beransur-ansur. Oleh sebab keperluan itu lebih tinggi, maka keperluan tersebut lebih istimewa bagi seseorang individu.
 Keperluan fisiologi wujud sebaik sahaja individu dilahirkan di dunia.Keperluan penghargaan kendiri timbul pada peringkat remaja dan dewasa, manakala keperluan kesempurnaan kendiri wujud selepas pertengahan umur.Kepuasan untuk memenuhi keperluan pada peringkat tinggi akan membawa pengertian yang mendalam kepada diri individu tersebut seperti gembira. Keperluan pada peringkat tertinggi (keperluan kesempurnaan kendiri) dianggap sebagai keperluan pertumbuhan.keperluan-keperluan pada peringkat rendah merupakan keperluan yang mesti dilalui oleh setiap individu bagi mengekalkan kestabilan.Apabila Rogers mula membina terapinya, ahli terapi lain memandang manusia sebagai tidak rasional, tidak bersosial, berupaya untuk memusnahkan diri sendiri, dan sukar untuk mengawal diri.
Rogers menolak idea tersebut dan menekankan bahwa seseorang individu boleh membimbing dan mengawal diri sendiri. Beliau menjelaskan bahawa pandangannya terbentuk hasil daripada pengalamannya dalam bidang psikoterapi. Pandangan terhadap sifat semula jadi manusia terbahagi kepada empat, iaitu individu mempunyai harga dan penghormatan diri.Rogers berpegang kuat kepada kepercayaan bahawa manusia sepatutnya diberikan hak untuk mempunyai pendapat dan pemikran, mengawal destinasi hidup untuk mengajar minat tersendiri asalkan individu tersebut tidak mengganggu hal orang lain.

Rogers melihat idea yang demokratik ini mendasari semua idea tentang kemanusiaan dan mempunyai nilai moral dan nilai praktiknya. Beliau juga percaya bahawa keperluan masyarakat yang demokratik ini dapat dipenuhi melalui proses sosial dan institusi sosial yang menggalakkan individu bertindak bebas dan boleh mengarah kendiri.Pandangan tingkah laku secara persepsi.Rogers menekankan bahawa cara seseorang individu bertingkah laku dan menyesuaikan diri dalam sesuatu situasi adalah konsisten dengan cara individu tersebut mempersepsikan diri dan situasi di persekitarannya.

Beliau mengatakan bahawa”....man lives essentially in his own personal and subjective world, and even his most objectives functioning in science, mathematics, and the like is the result of subjective purpose and subjective choice” (Rogers, 1959). Cenderung ke arah kesempurnaan kendiri.Rogers menyatakan bahawa setiap manusia sentiasa menuju ke arah nirwana kendiri. Pencapaian pada tahap tersebut bermaksud bahawa manusia telah mencapai tahap kesempurnaan kendiri adalah seperti yang berikut iaitu mencapai perkembangan moral yang tinggi, iaitu lebih mengutamakan kebajikan orang lain.

Ia mempunyai pegangan hidup yang kukuh, jujur, dan bertindak berdasarkan segala perkara yang dipercayainya walaupun tidak popular.Mempunyai komitmen yang tinggi terhadap sesuatu tugas dan pekerjaan.Tidak berminat untuk menjadi pengikut kepada suasana semasa seperti fesyen, adat resam, dan seumpamanya. Berasa gembira bersama rakan-rakan tetapi bergantung kepada mereka.Gembira dan gemar dengan kehidupan yang mencabar.

Manusia baik dan boleh dipercayai.Sejak kecil lagi, manusia bebas untuk memenuhi keperluan asas supaya mereka dapat berfungsi sepenuhnya. Menurut Rogers, manusia ialah individu yang positif dan bersosial serta boleh dipercayai dan konstruktif.Carl Rogers merupakan satu-satunya pakar yang amat mementingkan manusia sebagai manusia dan menyangkal keras pandangan yang melihat manusia sebagai objek yang boleh dimanipulasikan. Beliau juga mementingkan perkembangan manusia yang positif dan melihat semua manusia sebagai entiti-entiti yang baik dan mulia.

Matlamat Teori Pemusatan Perorangan

Berdasarkan teori Pemusatan Perorangan atau teori Humanistik (PCC), kaunselor membenarkan klien untuk menetapkan matlamat mereka sendiri. Kaunselor percaya bahawa individu mempunyai motivasi dalaman (intrinsik), iaitu keperluan untuk mencapai kesempurnaan kendiri yang membolehkan klien membina dan mengubah tingkah laku mereka sendiri. Kaunselor yang menetapkan matlamat untuk klien akan mengganggu asas semula jadi klien membina dan mengubah tingkah laku mereka sendiri. Kaunselor yang menetapkan matlamat untuk klien akan mengganggu asas semula jadi klien tersebut. Kaunselor sebegini tidak dapat membantu individu untuk belajar bergantung kepada diri mereka sendiri. Justeru, matlamat kaunselor berasaskan teori PCC adalah untuk menyediakan keadaan terapeutik bagi membolehkan corak perkembangan normal individu bergerak dengan sendiri.

Matlamat kaunselor berlatarbelakangkan teori PCC dapat membantu klien menjadi lebih matang dan dapat bergerak ke arah kesempurnaan kendiri. Objektif kaunseling adalah untuk membebaskan seseorang individu daripada kebimbangan dan keraguan yang menghalang individu tersebut daripada memperkembangkan potensinya. Justeru, kaunseling berasaskan teori PCC dapat membimbing klien mencari sumber kekuatan diri yang maksimum sama ada secara dalaman atau luaran (Satir, 1991). Rogers mengakui bahawa keadaan asas untuk kaunseling yang berkesan akan menghasilkan proses yang berkesan terhadap klien dari segi teknik mempertahankan diri, lebih kongruen, dan bersikap terbuka. Klien juga mempunyai objektif dan mempunyai persepsi yang lebih luas. Hal ini dapat membantu klien untuk menyelesaikan masalah dengan lebih realistik.

Persepsi klien terhadap kendiri idealnya lebih realistik dan dapat dicapai. Oleh itu, keselarasan atau kendiri ideal dan kendiri sebenar yang menyebabkan ketegangan dapat dikurangkan dan tahap tanggapan positif kendiri meningkat. Klien beranggapan bahawa lokus penilaian dan lokus pemilihan terdapat pada diri sendiri dan nilainya ditetapkan oleh proses penilaiannya sendiri. Selain itu, klien juga dapat menerima orang lain, menerima tingkah laku sebagai kepunyaan diri sendiri, dan kurang menafikan tingkah laku sebagai sebahagian daripada pengalaman. Hal ini melahirkan klien yang mempunyai tingkah laku yang lebih sosial dan matang.

Teknik-teknik Teori Pemusatan Perorangan

Perkembangan teori Pemusatan Perorangan memberikan fokus kepada tindakan yang dilakukan oleh kaunselor terhadap kliennya. Proses kaunseling ini amat mementingkan perhubungan antara kaunselor dengan klien. Pada pendapat Rogers, terdapat tujuh peringkat perkembangan terapeutik yang mempengaruhi proses perhubungan kaunseling, iaitu peringkat pertama ialah perhubungan yang kurang mesra manakala peringkat kedua, tidak bersedia untuk berkongsi pengalaman. Peringkat ketiga ialah kurang kesedaran diri dan peringkat keempat iaitu berlaku pertentangan perasaan, pemikiran, dan tingkah laku.Akhir sekali, peringkat kelima, wujudnya kemesraan dalam meluahkan pengalaman serta peringkat keenam berlaku kesedaran dalam diri klien Peringkat ketujuh: Penerimaan tanpa syarat.

Kesemua peringkat tersebut amat sukar disatukan dalam proses perkembangan terapeutik. Menurut Rogers, individu mudah berkongsi tentang masalah luaran secara terbuka tetapi bukan pada masalah sebenarnya. Dalam proses terapeutik, aspek paling penting ialah perasaan kemesraan serta kerelaan dan perkongsian tentang luahan perasaan antara kedua-dua belah pihak, iaitu kaunselor dan klien.
Namun, sesetengah kaunselor mungkin sukar atau tidak dapat mewujudkan proses perhubungan terapeutik berkenaan. Hal ini demikian kerana kaunselor mempunyai satu pandangan yang rigid terhadap diri mereka dalam perhubungan dengan klien. Oleh itu, bagi mencapai keadaan tersebut, maka satu perhubungan terapeutik antara kaunselor dengan klien yang berasaskan konsep dan amalan kongruen, penerimaan tanpa syarat, dan empati amat diperlukan. Keberkesanan proses terapeutik bukan sahaja terhasil ketika menyelesaikan masalah klien tetapi turut terhasil melalui perkongsian perasaan takut, bimbang, dan malu dengan kaunselor secara jujur dan ikhlas.

Peranan Kaunselor.

Melalui pelaksanaan terapeutik yang bertujuan mewujudkan perubahan dan perkembangan klien, seseorang kaunselor perlu berperanan seperti yang berikut:Kaunselor mempunyai sifat empati sebagai pemudah cara dalam proses terapeutik Kaunselor harus berusaha untuk mewujudkan suasana yang dapat menimbulkan kebebasan kepada klien supaya mereka dapat meneroka diri dan masalah mereka. Kaunselor harus melakukan kaonfrontasi agar klien tidak lagi mempunyai sifat membela diri dengan mencari helah atau alasan bagi setiap tingkah lakunya.Kaunselor harus melihat dan menganggap kliennya sebagai individu yang sama taraf dengan dirinya dan berusaha bersama-sama untuk mengenal pasti masalah klien serta mencari jalan penyelesaian bagi masalah tersebut. Kaunselor tidak mendiagnosis masalah klien kerana kaunselor hanya membantu klien untuk memahami diri dan masalahnya dengan lebih jelas.

Bagi memastikan perkara-perkara tersebut tercapai, Rogers telah membuat hipotesis seperti yang berikut:Wujud kesan perhubungan psikologikal antara kaunselor dengan klien. Klien berada dalam keadaan yang bermasalah, tidak kongruen, mudah terpengaruh atau berada dalam kebimbangan.Kaunselor adalah kongruen dalam perhubungan terapeutik.Kaunselor perlu mengamalkan sikap menerima tanpa syarat, iaitu kaunselor sedia menerima kliennya tanpa syarat adan prasangka atau anggapan. Kaunselor mempunyai perasaan empati dan merasai serta mengalami  segala yang dirasai dan dialami oleh klien Wujud tanggapan atau persepsi terhadap empati dan penerimaan tanpa syarat dalam memahami klien oleh kaunselor. Pada masa yang sama, klien juga dapat melihat dan merasai sifat-sifat dan kebolehan yang ada pada diri kaunselor.
Strategi Membantu Klien.

Antara strategi yang perlu dipatuhi oleh seseorang kaunselor semasa menjalankan sesi kaunseling adalah seperti berikut:Kaunselor perlu berminat dengan sesi kaunseling dan perlu bersikap jujur terhadap kliennya.Minat tersebut dapat disampaikan kepada klien melalui banyak cara. Contohnya, menepati masa pertemuan, gerak geri, dan ekspresi muka yang positif terhadap perkara yang dikemukakan oleh klien, membalas setiap tutur perkara yang diluahkan oleh klien dan sebagainya.Kaunselor perlu patuh kepada isu kerahsiaanHal ini amat penting untuk mewujudkan suasana yang selamat kepada klien dalam mengemukakan masalah yang dihadapi dan kelemahan-kelemahan yang ada pada  dirinya. Selain isu kerahsiaaan, kepercayaan dan saling menghormati juga merupakan faktor yang perlu dipatuhi semasa menjalinkan hubungan kaunseling.Kaunselor perlu mengetahui sempadan atau had dalam perhubungan kaunseling.


10.Proses kaunseling individu

Proses membina hubungan. Klien mengukur kaunselor sama ada benar-benar boleh dipercayai sama ada dia mendengar apa yang klien perkatakan atau sekadar berpura-pura. Reaksi lisan dan reaksi bukan lisan kaunselor amatlah memainkan peranan yang penting bagi dan mengetahui tentang latar belakang serba sedikit tentang diri klien.Di dalam tahap yang pertama ini perkara yang dititikberatkan ialah membina hubungan dan penstrukturan. kaunselor boleh membahagikan proses kaunseling kepada beberapa fasa sewaktu melaksanakan kaunseling (Brammer, 1973).Proses pengstrukturan Pengstrukturan dilakukan adalah untuk memberikan penjelasan tentang tujuan kaunseling yang dijalankan, tanggungjawab kaunselor atau klien, pemfokusan dan limitasi.Tahap penstrukturan semula ini menentukan sifat batasan dan matlamat perhubungan menolong Kaunselor yang memberitahu klien langkah-langkah yang diambil.

Proses penerokaan.Proses penerokaan dijalankan adalah bertujuan untuk menimbulkan kepercayaan klien kepada kaunselor di mana klien merasakan kaunselor berminat untuk membantu dirinya dalam menyelesaikan permasalahan yang klien hadapi Menurut Charluff dan Anthony (1979) telah menyatakan bahawa tahap penerokaan adalah dilakukuan bagi membantu individu melihat dimanakah mereka berada.Tugas atau tanggungjawab kaunselor dalam membantu klien ialah membimbing klien meneroka situasi dirinya ke arah jalan penyelesaian yang diinginkan oleh klien dengan mendorong dan memberikan sokongan serta peka terhadap isyarat tersembunyi iaitu verbal dan non-verbal.

Proses semak alternatif. Proses semak alternatif dilakukan setelah matlamat kaunseling jelas diperolehi daripada klien. Kaunselor perlulah mendorong klien membuat perancangan langkah-langkah yang difikirkan sesuai bagi membantu diri klien mengatasi masalah yang dihadapi olehnya. Proses mengambil tindakan merupakan sebuah pelan tindakan yang diambil oleh klien dengan bantuan yang kaunselor telah berikan bagi mancapai matlamat yang telah ditetapkan oleh klien. Sesuatu pelan tindakan yang dipilih itu mestilah realistik iaitu boleh dicapai oleh klien supaya dapat memudahkan klien mengambil tindakan.

Proses penamatan pula berlaku setelah mendapati klien boleh berdiri dan yakin terhadap tindakan yang diambil kaunselor berhak menamatkan sesi yang telah berlangsung antara kaunselor dengan klien. Fungsi penamatan sebenarnya adalah untuk menunjukkan sesuatu yang ingin ditamatkan, peluang untuk mengakhiri satu pengalaman pembelajaran yang baik peribadi dan professional. Penamatan perlulah dilakukan mengikut kesesuaian diri klien tersebut sama ada sudah mampu untuk berhadapan dengan diri sendiri atau tidak.

Proses susulan adalah merupakan proses menyemak untuk melihat bagaimana klien melakukannya dan menghormati apa-apa masalah yang timbul ke atas klien, namun begitu kadang-kadang perkara ini berlaku sebelum penamatan dan proses ini adalah merupakan proses penyeliaan yang positif yang boleh menggalakkan kepada pertumbuhan klien yang klien inginkan.Melalui susulan ini juga, seseorang kaunselor dapat menekankan penjagaan kaunselor yang tulen dan mengambil berat tentang kliennya. Susulan dibimbing dalam jangka masa pendek 3 hingga 6 minggu dan jangka panjang sekurang-kurangnya selepas 6 bulan penamatan.

Kemahiran kaunseling

Pra Sesi. Definisikan sebagai persediaan awal kaunselor dari segi peribadi, fizikal & maklumat dan rekod klien merupakan ice breaking. Klien mula membina perasaan kepercayaan terhadap kaunselor Maklumat peribadi klien perlu dikumpulkan secara sistematik. Reaksi kaunselor perlulah jujur dan ikhlas Kaunselor perlulah menunjukkan perasaan kasih sayang. Penyediaan tempat  perlulah selesa dan mempunyai keperluan seperti kerusi meja kipas angin yang mencukupi. Tambah lagi,tempat perlulah nyaman dan wangi Kaunselor perlu menyediakan ruang yang tidak sempit dan bersepah dan menentukan keberkesanan Merupakan first impression klien terhadap kaunselor (sama ada boleh percaya atau tidak.

Membina Hubungan Mewujudkan kejelekitan dan suasana yang teraputik. Perhubungan yang unik dan istimewa dinamik serta fasilitatif Menitikberatkan personaliti kaunselor .Ia membawa klien menghadapi realiti Memberi perangsangan kepada klien. Perkara penting dalam membina hubungan adalah membina suasana alam sekeliling.Seterusnya, kerusi yang digunakan klien haruslah dalam keadaan yang elok dan posisi yang betul. Kauselor mesti membuat suasana yang teratur dan kemas dan bilik jangan terlalu panas atau sejuk serta berbau harum dan selesa. Disamping itu, suasana teraputik ,aman dan tenang, tanpa sebarang gangguan sewaktu perbincangan  klien dan kaunselor akan berjalan dengan lancar. Kaunselor juga dapat mendengar luahan dari klien dengan lancar. Ruang untuk berkomunikasi harus bersesuaian dan selesa sekurang-kurangnya 1-1.5 meter. Penampilan diri klien akan membuat first impresion kepada kaunselor. Pihak kaunselor  perlu memakai pakaian yang mengikut norma-norma tempatan, kemas, tidak menjolok mata dan tidak berbau badan.

 Setiap manusia akan mempamerkan ekspresi muka yang berbeza-beza mengikut perasaan dan keadaan. Sesi kaunseling juga amat menitikberatkan ekspresi muka dapat membantu meneragkan erti mesej yang ingin disampaikan Seorang kaunselor yang profesional akan menggunakan kemahiran ini untuk mempamerkan memek muka yang meyakinkan. Memek muka terbentuk hasil daripada pandangan mata,kedutan dahi, muka dan hidung serta reaksi wajah yang lahir ketika sesi kaunseling.

Kontek mata Konteks mata mempunyai fungsi yang amat penting iaitu memberikan tumpuan, menunjukkan minat, menunjukkan tanda hormat, menggalakkan perundingan, menimbulkan rasa penerimaan, rasa percaya, selesa dan kesungguhan.Cara duduk dalam sesi kaunseling pergerakan tangan dan kaki. Membaca bahasa badan atau gerakan yang dilakukan oleh klien merupakan kemahiran yang perlu adadalam diri kaunselor.Seseorang yang bersifat mesra akan duduk condong sedikit ke arah orang yang bercakap dengannya. Kaunselor perlu mengalakan beberapa ciri duduk iaitu tidak menyandar di kerusi sambil menggoyangkan badannya secara tidak berhenti. Jangan menyilangi kaki dengan kaki sebelah di atas lutut, atau sambil tangan di letak di belakang tengkuk dan menyandar.

Senyuman kaunselor perlu bijak  untuk memahami senyuman yang diberikan oleh klien. Klien yang berasa takut, risau, keliru atau serba salah dan malu menungkin akan senyum untuk menyembunyikan perasaan tersebut.Nada suara dalam komunikasi amat penting untuk memudahkan memahami kontak dan situasai yang sedang dibincangkan. Kaunselor yang boleh memahami nada suara yang dikeluarkan oleh klien akan dapat mengesan emosi yang terkandung.Contohnya, perasaan tegang, geram, marah dan sedih Menggalakan klien bercakap Kaunselor perlu pandai mengajukan soalan yang pelbagai dengan menggunakan soalan-soalan jenis terbuka.Kaunselor juga perlu mendengar secara aktif, teliti dan empati.

Perstrukturan

Objektif untuk menyediakan nada dan struktur sesi perundingan. Kontrak kaunseling Menentukan sifat batasan dan matlamat perhubungan menolong. Cara formal dan tidak formal. Menerangkan definisi kaunseling kepada klien untuk memudakan klien mengetahui dan memahami konsep kaunseling. Had masa Setiap sesi kaunseling yang dijalankan mengambil masa selama 45 minit hingga sejam. Matlamat sesi kaunseling yang telah dijalankan Memudahkan perubahan tingkah laku  Meningkatkan keupayaan klien untuk memulakan dan meneruskan perhubungan. Etika kerahsiaan dalam kaunseling Kaunselor perlu menerangkan perkara yang melibatkan isu kerahsiaan dalam kaunseling Peranan kaunselor Kaunselor menerangkan peranannya sebagai seorang kaunselor dan peranan klien, hal ini klien dapat memahami serba sedikit tentang perjalanan kaunseling.

Kemahiran Berkomunikasi

Komunikasi antara kaunselor dan klien. Penanda aras sama ada sesi itu berjaya atau tidak. Kaunseling adalah bidang yang melibatkan komunikasi Kemahiran ini terbahagi kepada dua iaitu lisan dan bukan lisan Kemahiran komunikasi lisan .Menurut Maznah dan Zainal, komunikasi lisan adalah interaksi tutur kata secara timbal balas antara pembimbing dan klien dalam memahami dunia klien dengan lebih jelas. Cara komunikasi paling berkesan berlaku secara terus antara klien dan kaunselor. Mesej yang hendak disampaikan lebih jelas.Perkara penting dalam kemahiran komunikasi secara lisan iaitu emahami dan dapat menggunakan sesuatu istilah berkaitan perasaan tertentu dengan jelas  dan menggunakan istilah berkaitan pemikiran.
Bertanya sesuatu soalan dengan jelas dan dapat difahami Menyampaikan sesuatu maklumat dengan jelas Menggunakan analogi yang mudah dan difahami oleh klien. Bertutur dengan tenang dan nada yang sesuai. Menggunakan susunan perkataan yang teratur dan tutur kata yang dapat mencabar minda, perasaan ke arah perubahan tingkah laku. Menggunakan bahan sokongan bagi mengukuhkan pendapat Humor atau jenakan bagi menenangkan suasana ketegangan dalam sesi Bertindak sebagai seorang pemudah cara Komunikasi lisan yang tidak digalakkan Kata-kata yang kurang beradab Humor yang berlebihan  Merendahkan kelebihan orang lain Mengawal suasana Bercakap terlalu laju Menyampaikan secara berlebihan dan berulang kali sehingga menjemukan Kemahiran lisan terdiri daripada kemahiran asas yang lain Dorongan minima Parafrasa Refleksi Merumus Kemahiran menyoal Konfrontasi Kemahiran mengatasi kesenyapan klien Memberi fokus Bimbingan langsung.

Kemahiran Bukan Lisan

Mentafsir bahasa bukan lisan yang ditunjukkan oleh klien yang mana dapat membantu kaunselor memahami klien dengan lebih mendalam. Bukan melalui tutur kata tetapi melalui ekspresi muka, pandangan mata dan gerak-geri. Harus selaras dengan verbal. Boleh digunakan dalam bentuk pertanyaan, pencetus isu dan pemula perbincangan Soler akronim kemahiran bukan lisan sebagai panduan kepada kaunselor. Pendapat Mizan Adillah dan Halimatun Halaliah (2002) tentang fungsi kontak mata Memberi perhatian. Menunjukkan minat Menggalakkan perundingan Menunjukkan tanda hormat. Menggalakkan luahan perasaan yang jujur Menimbulkan rasa penerimaan Menimbulkan rasa percaya mempercayai. Menimbulkan rasa keselesaan . Menimbulkan rasa kesungguhan Relax. Kaunselor perlu menunjukkan suasana tenang. Gangguan yang menghalang tumpuan seperti melihat jam, teringatkan perkara lain, mengejar masa dan sebagainya harus dielakkan Bertambah atau berkurangnya tenaga bertutur Fonem atau suku kata Tahap keserakan suara Kecepatan atau kelambatan tempo perkataan Pergerakan badan dan tangan.

Kemahiran-kemahiran bukan lisan

Senyuman Antara senyuman yang berlaku di sepanjang sesi kaunseling Kaunseling perlu menyambut klien dengan senyuman supaya klien tahu penerimaan kaunselor terhadap dirinya Kaunselor tersenyum apabila klien menceritakan kenangan manisnya ketika bersama dengan rakannya sewaktu kecil dulu.Klien tersenyum ketika meninggalkan sesi kaunseling dan kaunselor membalas senyuman yang diberikan oleh kliennya. Pandangan Mata Ia menunjukkan kaunselor memberikan perhatian yang sepenuhnya kepada klien. Pandangan mata juga menunjukkan bahawa diri klien sedang didengar dan diperhatikan.Posisi badan Posisi badan merujuk kepada pergerakan anggota badanPosisi badan yang sesuai adalah dengan kaki di lantai badan agak ke hadapan sedikit dan tangan yang terbuka menunjukkan kesediaan kaunselor.

Kedudukan dan jarak Merujuk kepada kedudukan fizikal dalam proses kaunseling Kedudukan dan jarak antara kaunselor dan klien tidak terlalu jauh atau tidak terlalu rapatKaunselor yang berkesan perlu membenarkan jarak yang mencukupi bagi klien berasa lebih selesa.Expresi muka Eksperasi muka adalah gambaran hati manusia, ia dapat menggambarkan segala perasaan, emosi dan fikiran manusia.Ekspresi muka dapat membantu menerangkan erti mesej yang ingin disampaikan.

Tahap Tenaga Merujuk kepada kaunselor apabila sedang mengendalikan sesi kaunseling.Tahap tenaga kaunselor perlulah cergas tetapi tidak terlalu ghairah sehingga menimbulkan rasa terancam dalam diri klien.Sentuhan Merupakan satu cara fizikal bagi menunjukkan rasa kasih sayang seseorang kepada orang lain.Sentuhan yang menunjukkan kemesraan kepada klien seperti memegang tangan, atau menepuk bahu klien bagi mempersilakan masuk ke bilik kaunseling serta berjabat tangan dengan klien.

Nada Suara Dapat menggambarkan perasaan individu ketiak berkomunikasi contoh suara yang lemah, biasa dan lain-lain. Pergerakan Kaki dan tangan Kaunselor perlu memerhatikan setiap gerakkan tangan dan kaki klien bagi mendapatkan maklumat tambahan.Antara gerakkan yang biasa dilakukan ialah:Menggaru-garu kepala mungkin menunjukkan klien berada dalam keadaan gelisah.Menggigit jari pula menunjukkan klien berasa tertekan.Memegang kepala bermaksud diri klien berasa buntu.

Warna dan Cara Pakaian Apabila penampilan kaunselor menarik ia memberi gambaran dan imej yang baik kepada dirinya.Penampilan kaunselor yang mengganggu tumbuan klien adalah seperti bau minyak wangi yang kuat, berpakaian yang menjolok mata, berpakaian yang terlalu selekeh, ataupun bau badan yang tidak menyenangkan.

11.Rumusan

Rumusan Bimbingan Suatu usaha untuk membantu seseorang melakukan sesuatu, diberikan oleh sesiapa sahaja, berbentuk arahan bukan saranan dengan pengawasan dan pengajaran yang berterusan. Individu terlibat biasanya tidak mengenali dan menilai potensi diri. Rumusan Kaunseling Proses menolong yang profesional, bertujuan membantu individu memahami diri dan alam persekitarannya. Dilakukan oleh kaunselor terlatih yang telah menjalani latihan khusus. Klien diberi altenatif dan saranan-saranan. Klien dapat meneroka dan mengenalpasti potensi diri.

12.Rujukan

-Buku Teori-teori dan Kemahiran Asas Kaunseling, Dr.Khoo Bee Lee, 2016, Selangor. Penerbitan  Sasbadi Sdn. Bhd.

-https://www.slideshare.net, Bab 6,Kemahiran Asas Kaunseling ,mobile, Fatimah Abdullah, laman sesawang diambil pada 6 Julai 2018, jam 1734 petang.

-https://www.slideshare.net, Bimbingan dan Kaunseling, mobile, Noor Adilah binti Mohd Shafie, laman sesawang diambil pada 5 Julai 2018, jam 2037 malam.