1. Definisi/Konsep
Definisi: Satu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling.
Bimbingan dan Kaunseling
1.Bimbingan
Istilah perkataan bimbingan
bermaksud memberi panduan atau nasihat kepada seseorang. Menurut Crow and Crow
(1963) mengatakan bahawa konteks
pendidikan atau pertolongan yang
diberikan dengan betul kepada murid yang berkenaan. Manakala Profesor Dr.
Othman Mohamed berpendapat bahawa bimbingan merupakan sebahagian daripada
proses menolong yang melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta
mengandungi maklumat bersesuaian bagi
penentuan sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi
penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.
2.Kaunseling
Menurut Shertzer and Stone (1968),
kaunseling bermaksud proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri
dan situasi.Kaunseling juga bukan bertujuan menolong klien menyesuaikan diri
dengan alam sosial, tetapi menolong individu memahami kelebihan, kelemahan dan
potensi diri (Arbuckle (1965). Daripada Patterson and Eisenberg (1983)
mengatakan bahawa proses pertemuan secara bersemuka antara seorang kaunselor
dengan kliennya yang membawa perubahan kepada kliennya.Sama juga dengan proses
untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan
bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya (Blocher (1974).
Kaunseling mengajar klien supaya diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan
kehidupannya yang menimbulkan masalah pada dirinya (Corey (1977). Malahan juga lebih
menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya,
membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu (James (1982).
2.Konsep Bimbingan dan Kaunseling
Guru yang mengambil bidang dan
kemahiran berkaiatan dengan bimbingan dan kaunseling sangat berbeza dengan guru
biasa yang tiada kemahiran tersebut kerana mempunyai bidang tambahan bagi memantapkan
pendirian sebagi seorang guru. Guru Bimbingan dan kaunseling berpengalaman
mendapat latihan khusus dalam Bimbingan dan Kaunseling termasuk sesi kaunseling
sendiri. Manakala, guru biasa pula tidak mendapat latihan khusus dalam bidang
tersebut.
3.Perbezaan Bimbingan dan Kaunseling
Bimbingan
|
Kaunseling
|
-Semua
orang boleh memberi bimbingan.
-Dalam
bimbingan ada kaunseling
-Bimbingan
untuk semua
-Berlaku
di mana-mana sahaja
|
-Aplikasi
teori dan pengetahuan
-Ada
bilik khas
-Pertemuan
secara bersemuka antara kaunselor dengan klien.
-Kaunselor
bertauliah/ lesen/ menghadiri kursus Bimbingan dan Kaunseling
-Garis
panduan kod etika.
|
4.Matlamat Kaunseling
Kaunseling mempunyai matlamat yang
tersendiri supaya menyedarkan klien menyesuaikan dirinya dalam sesi
pembelajaran di sekolah dan juga peribadi diri seseorang. Antaranya, mengajar
klien untukbertanggungjawab ke atas dirinya. Klien diajar bertanggungjawab ke
atas diri sendiri. Sifat lepas tangan tidak mendapat hasil yang baik. Klien
yang bertanggungjawab ke atas dirinya akan berusaha sambil berhati-hati dalam
mengatur dan merancang perjalanan hidupnya.
Seandainya timbul sebarang masalah,
klien yang bertanggungawab ke atas dirinya tidak akan menyalahkan orang lain.
Seterusnya, memperbaiki imej diri yang negatif hanya merupakan halangan bagi
klien untuk mencapai cita-cita atau membuat sebarang tindakan. Klien seperti
ini akan menyekat perkembangan dan penggunaan potensi dirinya. Kaunselor
membimbing klien membentuk imej yang positif. Di antara lain, kita belajar
memupuk ciri-ciri yang negatif. Imej dari yang positif menandakan kestabilan
personaliti.
Selain itu,Seorang kaunselor
mengajar klien menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.Penyesuaian diri
sama ada dengan orang lain atau persekitaran amat penting. Klien yang tidak
tahu atau tidak mahu belajar menyesuaikan diri akan mengalami banyak konflik.
Klien perlu sedar bahawa dia tidak boleh mengharapkan orang lain atau
persekitaran tidak akan berubah. Maka apa yang penting di sinilah klien belajar
menyesuaikan diri dengan keadaan sebagai usaha mengurangkan ketegangan atau
konflik. Di samping itu, mempermudah atau menggerakkan perubahan tingkahlaku
klien.Tingkah laku yang sedia ada menjejaskan perjalanan hidup klien.
Tingkah laku perlu disesuaikan dengan ‘siapa’
klien berinteraksi, bila , tujuan dan situasi di mana klien berada. Kaunselor
mengajar klien membuat perubahan tingkah laku yang mampu dilakukannya.
Perubahan tingkah laku tidak semestinya besar. Ianya boleh merupakan perubahan
yang kecil. Faktor penting ialah klien dapat mengurus dan mengawal perubahan
yang berlaku. Perubahan ini pula biarlah berkekalan.
Seharusnya,kaunseling membantu klien
menjadi lebih produktif. Kaunselor membimbing klien supaya menyedari bahawa
hidup ini tidak statik. Apa yang penting ialah klien perlu berusaha sedaya
upaya dia inginkan hasil yang memuaskan. Dengan kata lain, klien tidak boleh
berdiam sahaja sambil mengimpikan satu kehidupan yang berkesan dan memuaskan. Kaunseling turut
membimbing klien mencari dan memupuk sumber dalaman. Kaunseling menyedarkan
klien bahawa setiap manusia mempunyai kelebihannya sendiri. Klien sering tidak
mempedulikan sumber dalaman yang dimilikinya dan seterusnya mengakibatkan
helplessness. Klien yang menggunakan sumber dalamnya akan berasaskan bahawa dia
boleh mengawal perjalanan hidupnya (setakat yang termampu olehnya).
Mempertingkatkan kemampuan klien
membuat keputusan. Klien sering mengelakkan diri daripada membuat keputusan ini
kerana tugas dan proses membuat keputusan ini kerana tugas dan proses membuat
keputusan ini kerana tugas dan proses membuat keputusan bukanlah sesuatu
perkara yang menyeronok atau menyenangkan. Banyak masalah timbul kerana klien
tidak memberi kata putus. Kaunselor membimbing klien melalui proses membuat keputusan.
Klien akan menimbang sendiri beberapa perkara akan memudahkannya membuat
keputusan. Keputusan yang matang memerlukan klien mengambil kira faktor
pengorbanan peribadi, masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya (George &
Cristani, 1990).
Klien juga diajar bagaimana menggunakan sumber
yang wujud dalam persekitaran dalam membuat keputusan yang baik. Membantu klien
mengurus masalah yang belum selesai dalam hidupnya. Memang benar tidak semua
anusia akan mengalami masalah seandainya konflik yang berlaku pada masa dahulu
tidak diatasi. Namun, kemungkinan besar wujud keadaan di mana kelemahan seperti
kekeliruan, kerunsingan, kemarahan dan salah faham lahir kerana sesuatu konflik
(sama ada kecil atau besar) yang berlaku pada masa dulu perlu dilihat kembali,
diatasi atau dihadapi. Tugas kaunselor di sini ialah membimbing klien melalui
proses ini.
5.Prinsip Kaunseling
Prinsip kaunseling terbahagi kepada
5 perkara. Antaranya, peluang, tanggungjawab bersama, prosedur, hubungan mesra
dan kepercayaan. Peluang mesti ada pada kaunselor kepada pelajar untuk
meluahkan perasaannya. Setiap murid yang menghadapi masalah harus diberi
peluang menerima perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, tanpa mengira kaum,
status sosial, latar belakang dan agama atau kepercayaan. Kaunselor dan klien
mesti bersifat bertanggungjawab bersama sebab kerjasama harus wujud bukan hanya
pada kaunselor dan murid yang memerlukan bimbingan, tetapi juga antara
kaunselor dengan pihak sekolah termasuk rakan sejawatan dan ibu bapa yang
berkenaan.Sesi kaunseling turut mengikut prosedur atau tatacara.
Sesi ini mesti diuruskan oleh pihak
Bimbingan dan Kaunseling mengikut prosedur dan peraturan atau tatacara yang
ditetapkan. Ia menjadi berkesan apabila dirancang secara sistematik dan
teratur.Seterusnya pihak kaunselor patut berhubungan mesra dan kepercayaan kepada
klien. Sikap ini mewujudkan interaksi antara kaunselor dengan murid berdasarkan
prinsip hubungan mesra, percaya, ikhlas dan jujur terhadap klien.Setiap klien tidak
boleh dipaksa menerima nasihat atau terapi sepenuhnya.Tidak kira apa bentuk
tip-tip yang diberi kepada murid yang sudi rela menerimanya dan tidak boleh
dipaksa, termasuk memilih tempat perbincangan.Sesi kaunseling mesti dijalankan
di dalam bilik khas yang mana sesi ini dijalankan oleh kaunselor dan kliennya
di dalam bilik yang disediakan khas.
Pihak kaunselor mesti diutuskan
mengikut etika apabila berdepan dengan klien.Segala maklumat murid adalah sulit
dan hanya didedahkan kepada pihak yang bersama membantunya sahaja atas
persetujuan klien supaya menjaga imej dan maruah diri.Sesi kaunseling mesti dijalankan
dalam situasi bersendirian antara kaunselor dan murid sahaja. Tujuannya adalah
untuk melindungi maklumat peribadi klien daripada pengetahuan pihak luar.Segala
perkara yang dibincangkan harus dirahsiakan.Kaunselor patut merancang tindakan
susulan selepas proses perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling agar memastikan
masalah yang dihadapi, sama ada akademik ataupun emosi-sosial, tidak akan
timbul semula. Sesi ini perlu diuruskan oleh kaunselor yang bertaulh iaitu
orang yang mahir serta berupaya membimbing klien dirinya menyelesaikan masalah
akademik ataupun masalah peribadi.
6.Kepentingan kaunseling
Kaunseling ini penting bagi setiap
guru dan murid sebagai persediaan untuk menghadapi situasi yang membabitkan
diri, keluarga dan masyarakat. Pada zaman yang serba moden ini, pengurusan
terhadap sesi kaunseling mudah kerana persekitaran tempat yang selesa dan
lengkap dengan hiasan yang mengubah persepsi diri kaunseling serta mudah menjalankan
sesi kaunseling dengan tenang dan fokus. Di sebalik keselesaan dalam pengurusan
kaunseling, banyak cabaran yang sering hadapi oleh kaunselor akan kerenah klien
yang berlainan sikapnya, latar belakang keluarga dan kelakuannya. Hal ini
demikian, situasi sewaktu sesi kaunseling akan berlaku kewujudan ketegangan dan
ketidakpastian di tempat kerja bagi klien kerana masalah pada klien yang telah
diluahkan dianggap perkara peribadi dan tidak perlu diceritakan kepada orang lain.
Seterusnya, berlaku ketidakseimbangan
emosi apabila kaunselor memberi peluang klien untuk menceritakan masalah diri.
Pada yang sama, klien turut mudah melepaskan emosi yang menghalang kaunselor
menerima maklumat klien sehinggakan kaunselor tidak faham apa yang dikatakan
oleh klien dan sukar untuk mencari jalan penyelesaian masalah. Hasilnya,
maklumat asal klien tidak jelas dan susah untuk difahami. Selain itu, kebimbangan
tentang kemahiran dan kemampuan daripada kaunselor. Kaunselor selalu
menggunakan teknik bagi mengubah persepsi klien supaya sedarkan diri untuk
berubah perangai dan sikap klien. Antaranya, kaunselor melihat reaksi wajah
klien yang menunjukkan pendirian dan personaliti dirinya. Klien turut terasa
seolah-olah kaunselor telah mengetahui masalah dirinya dan terancam dengan
maruah yang dimiliki.
Di samping itu, perbezaan individu
yang bertentangan dengan imej korporat biasa berlaku antara dua pihak yang mana
kedua-dua pihak mempunyai pengalaman yang berbeza. Pada saat sesi kaunseling,
berlaku perselisihan pendapat yang dikenali sebagai konfrontasi. Perkara ini
biasa berlaku pada setiap klien yang pernah berjumpa dengan kaunselor. Prestasi
kerja yang tidak memuaskan dan tabiat kerja yang tidak baik. Antara dugaan yang
dihadapi oleh kaunselor memang boleh dielakkan kerana setiap sesi kaunseling
kepada klien yang berbeza masalah semua mencapai objektif dalam sesi tersebut.
Ada masalah yang ringan dan juga masalah yang berat yang perlu diatasi
kedua-duanya. Biasanya masalah ringan pula seperti masalah emosi akibat dibuli
manakala yang berat misalnya masalah keluarga yang mengancam kehidupannya.
Masalah peribadi dan keluarga sering
terjadi pada diri seseorang klien menyebabkan gangguan dalam kehidupannya.
Apabila klien berjumpa dengan kaunselor, dia akan segan untuk menceritakan
masalah peribadi kepada kaunselor yang mengakibatkan imej diri tercemar. Kebosanan
kerja dan kekurangan pergerakan kerjaya pula terjadi apabila klien terlalu lama
berjumpa dengan kaunselor atau selalu berjumpa dengan kaunselor yang mungkin
menimbulkan rasa bosan baginya. Tanggapan sesetengah klien terhadap sesi
kaunseling tidak berubah apa-apa persepsi kerana sesi ini hanya menggunakan
lisan untuk membetulkan persepsi dan emosi mereka. Keperluan pertolongan untuk
mengembangkan sesuatu tingkah laku.
Kaunseling turut memerlukan
pertolongan daripada kaunselor kepada klien untuk mengubah tingkah laku seseorang
yang bermasalah kepada seorang yang baik. Bantuan bagi penyelesaian masalah
turut disertai dengan sokongan moral untuk mengukuhkan personaliti diri klien.
Proses ini berjalan dengan tempoh lama mengubah pendirian seseorang untuk
menjadi klien yang normal semula. Akhir sekali, keperluan sokongan dalam
menghadapi krisis semasa
7.Etika kaunseling
Etika kaunselong ditikberatkan oleh
setiap kaunseling supaya sesi kaunseling dijalankan dengan baik dan lancar.
Akta dan peraturan sebelum kaunseling mesti diambil dahulu bagi mengelak
perasaan syak daripada pihak luar terhadap kaunselor yang berdaftar.Tambahan
pula,seseorang kaunselor berdaftar hendaklah mematuhi Akta Kaunselor 1988.
Tujuannya adalah untuk mempertahan dan mengekalkan sahsiah mulia, profesional,
berdaya saing, berwibawa dan reportasi seseorang kaunselor berdaftar maka
terdapat tanggungjawab seorang kaunselor berdaftar kepada klien.
Mengutamakan kepentingan klien dan
tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri. Maksudnya, setiap klien
mempunyai identiti sendiri yang perlu dilindungi oleh setiap kaunselor supaya
imej diri tidak tercemar. Seterusnya,menghormati hak peribadi klien dan
menyifatkan segala maklumat yang diperolehi semasa kaunseling sebagai rahsia,
melainkan jika mengikut budi bicara kaunselor maklumat yang diperolehi boleh
atau dianggap membahayakan klien atau orang lain dipersekitaran. Kemudian,memelihara
kesejahteraan fizikal dan psikologi kliennya.Selepas itu,emberitahu tentang
tanggungjawab klien dalam pembentukan tingkah laku dan kaunselor hendaklah
menghormati apa-apa keputusan yang dibuat oleh klien kemudian.
Di samping itu, menjelaskan kepada
klien tentang keputusan proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling yang
diberikan.Merujuk klien kepada pakar yang relevan sekiranya kaunselor berdaftar
mendapati klien tersebut memerlukan perkhidmatan pakar di luar bidang kepakaran
kaunselor berdaftar.
8.Jenis perkhidmatan kaunseling
Antara jenis perkhidmatan yang
digunakan dalam kaunseling ialah perkhidmatan inventori individu dan rekod
pelajar .Ia berfungsi untuk mengendalikan fail bimbingan yang mempunyai
maklumat klien yang terperinci.Seterusnya, setiap kaunselor bertanggungjawab
mengumpul dan merekodkan butiran yang berkaitan dengan penilaian dan
pentafsiran minat pelajar.Mengawas perangkaan dan corak kehadiran pelajar yang dirujuk
untuk tujuan kaunseling turut diambil berat oleh kaunselor bagi memastikan
program kaunseling pula berfungsi dengan baik.
Setiap kaunselor berperanan untuk menyelaras,
menjaga dan mengemaskini rekod pelajar untuk pemerhatian perubahan klien
sekiranya masalah berulang kembali. Kaunselor patut memberi maklumat objektif
mengenai pancapaian, kemajuan dan prestasi pembelajaran pelajar bermasalah
untuk tujuan pemulihan. Bagi Perkhidmatan Pemberian maklumat berperanan untuk mengumpul,
menyedia, dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional, latihan, dan latihan
kepada pelajar (melalui risalah-risalah, buku-buku kecil, poster, hari kerjaya
dan buletin sekolah) bertujuan adalah untuk memberi artikel dan juga peluang
pekerjaan sebagi kaunselor.
Seterusnya, menambah dan
mengemaskinikan fail-fail maklumat kerjaya dan peluang latihan, pelajaran,
sosial, dan peribadi untuk menjaga keperibadian pelajar.Di samping itu, ia memberi
maklumat dan penerangan tentang pentingnya mengisi borang permohonan dengan
tepat. Mengelola lawatan terancang kerjaya atau pelajaran ke kilang perusahaan atau
tempat pekerjaan yang lain. Memberi maklumat mengenai kerjaya dan lain-lain
pertolongan yang diperlukan oleh guru-guru dan anggota masyarakat. Menyebarkan
maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah. AIDS, bahaya merokok, dan
inhalen untuk menyedarkan masyarakat akan bahaya bahan-bahan terlarang yang
mendorong kerosakan diri.
Bagi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
kelompok berfungsi untuk mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan
kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang boleh menggalakan
perkembangan konsep kendiri, vokasional, kognitif-afektif, psikososial,
fizikal-seksual dan moral agama pelajar.Ia membincangkan mengenai sesuatu topik
yang sesuai dengan sesuatu kelompok yang tertentu. Contohnya, masalah disiplin,
masalah peribadi, masalah sosial dan lain-lain topik seperti yang dicadangkan oleh pelajar-pelajar dari
semasa ke semasa.Hal ini dapat membantu pelajar memilih mata pelajaran elektif
untuk peperiksaan termasuklah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran
Malaysia Vokasional (SPMV), dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).Perkhidmatan
ini juga menubuh dan melatih pasukan Pembimbing Rakan Sebaya dan menyelia
aktiviti mereka.
Untuk perkhidmatan kaunseling
terbahagi kepada tiga jenis iaitu kaunseling individu, kaunseling kelompok, kaunseling
keluarga dan kaunseling tunjuk ajar. Perkhidmatan Penempatan Membantu pelajar memilih
aktiviti ko-kurikulum berdasarkan kebolehan, minat kerjaya pilihan dan
kemampuan bagi mencungkil bakat pelajar. Penempatan pekerjaan adalah menjadi
penyelaras menempatkan pelajar mengikuti program pengalaman bekerja (jika
program seumpama ini diadakan) untuk menambah pengetahuan dan pengalaman diri.
Seterusnya,membantu Bahagian Pendidikan Vokasional dan Teknik dalam mengadakan sistem memperoleh
data atau butiran yang perlu bagi laporan susulan mengenai pelajar lepasan
sekolah vokasional dan teknik (khusus untuk sekolah menengah vokasional dan
teknik) bagi mengetahui perkembangan pelajar dan perubahan situasi suatu
tempat. Ia membantu menempatkan pelajar sekolah menengah untuk memasuki
institusi-institusi pekerjaan.
Perkhidmatan Pendidikan Pencegahan
Dadah Mengadakan bimbingan dan kaunseling individu atau kelompok atau
kaunseling tunjuk ajar dalam menanam dan memupuk sikap dan memberi nilai
membenci dadah dan inhalen bagi mengenali bahaya dadah dan perihatin dengan
persekitaran yang mempunyai unsur-unsur dadah.Perkhidmatan ini memberi bantuan
atau pertolongan kepada pelajar untuk mendapatkan bantuan pemulihan dan rawatan
dan menampung kehidupan. Pihak ini juga membuat penilaian dan memberi maklum
balas atau laporan kepada kementerian atau jabatan Pendidikan Negeri tentang
program pencegahan dadah di peringkat sekolah untuk mengumpul reaksi pelajar
terhadap keberkesanan program
Perkhidmatan Konsultasi dan Rujukan berperanan
untuk membantu bekas pelajar sekolah berkenaan dalam hal berkait dengan soal
peribadi, kerjaya, pelajaran dan sebagainya apabila diminta.Membantu pihak
pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan mendalam mengenai program
bimbingan di sekolah.Membantu ibu bapa atau penjaga pelajar dalam hal berkait
dengan kebajikan pelajar. Berunding dan berbincang dengan staf sekolah tentang
cara-cara untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan bimbingan di sekolah.
Perkhidmatan juga merancang bersama dengan guru-guru tentang cara yang paling
berkesan sekali untuk mengawasi kemajuan pelajar dan mengadakan
prosedur-prosedur yang tertentu dalam merujuk kes-kes seperti penagihan dadah
kepada agensi-agensi atau pakar-pakar seperti doktor, pakar kanak-kanak, pakar
jiwa, pegawai kebajikan dan sebagainya.
Perkhidmatan Konferen dengan ibu
bapa turut mengadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama mengawal
kemajuan pelajar terutamanya dalam pelajaran.Pihak ini menghubungi ibu bapa
atau penjaga apabila kemajuan pelajar tidak memuaskan dan terlibat dalam
pelbagai .Ia menjadi penyelaras program orientasi untuk pelajar dan ibu bapa
pelajar baru.Pihak konferen bekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga dalam
mewujudkan disiplin di kalangan pelajar. Jika ada kelapangan, pihak
perkhidmatan tersebut mengadakan kaunseling keluarga jika didapati pasti bahawa
masalah yang dihadapi oleh pelajar berpunca daripada keluarga.
Perkhidmatan Penyelarasan Resos Penyelarasan
bagi aktiviti-aktiviti berhubung dengan kebajikan pelajar di antara sekolah
dengan agensi lain dan dijadikan punca
rujukan dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum.Penyelaras bagi penglibatan
majikan, agensi kebajikan dan orang-orang kenamaan tempatan dalam program
bimbingan di sekolah.Ia turut merancang dan menjadi penyelaras dalam usaha
untuk memperkenalkan lagi aktiviti-aktiviti bimbingan kepada agensi-agensi dan
komuniti setempat. Manakala,Perkhidmatan Penilaian pula membuat penilaian aktiviti bimbingan di
sekolah dengan tujuan untuk membaiki teknik kepimpinan dalam setiap persatuan seperti Pembimbing Rakan Sebaya, Kem Jaya
Diri, Skim Lencana Anti Dadah dan motivasi pelajar.Sistem penilaian turut menilai
modul atau model bimbingan sebelum dilaksanakan di peringkat sekolah.
9.Teori kaunseling
Teori Perorangan (Pendekatan Humanistik –PCC)
Sejarah:
Carl Rogers
Nama penuhnya Carl Ransom Rogers. Beliau
dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Oak Park, Illinois, Amerika Syarikat. Beliau
meninggal dunia pada 4 Februari 1987 di San Diego. Beliau berwarganegara
Amerika Syarikat dan telah berkhidmat di University of Wisconsin-Madison Teachers
College dan Columbia University. Beliau merupakan pengasas teori perorangan.
Teori Perorangan
Dipelopori oleh Carls Rogers hasil
daripada pengaruh Field Theory.Field Theory berperanan dalam perubahan
signifikan berlaku hasil daripada hubung kait semasa yang membawa maksud
kewujudan gejala atau keadaan yang dapat menimbulkan perubahan dan perubahan
turut berlaku dalam diri seseorang individu.Dalam bukunya bertajuk, Counseling
and Psychotherapy telah mengubah cara kaunselor dan ahli psikoterapi di Amerika
Syarikat pada tahun 50-an dalam usaha membantu penyelesaian masalah klien.Beliau
telah mengemukakan konsep kemesraan dan kepentingan hubungan yang rapat antara
kaunselor dengan klien bagi mewujudkan suatu interaksi yang penuh dengan
penerimaan daripada kaunselor dan klien.
Hal ini demikian, perasaan terpendam
pada diri klien dapat diluahkan kepada kaunselor secara mudah tanpa
kerahsiaannya.Pendekatan pemusatan perorangan dahulunya dikenali sebagai
pendekatan pemusatan klien yang asalnya dipanggil terapi tanpa arahan.Daripada
Cottone (1992) melaporkan bahawa Rogers menggunakan Rogers menggunakan istilah
“ Pemusatan Perorangan “ hasil daripada kepercayaannya terhadap individu dan
keperluan melihat manusia dari sudut pandangan positif dan bukan dari sudut
pandangan klinikal.
Menurut Carl Rogers, manusia
mempunyai desakan semula jadi untuk memajukan diri dan sentiasa bergerak ke
arah kesejahteraan diri. Seorang individu juga berupaya memberikan penilaian
positif terhadap pengalaman yang dirasai sebagai positif dan penilaian negatif
bagi pengalaman yang dirasai sebagai negatif. Secara tidak langsung, seseorang
individu dapat mengasingkan hasil daripada pengalaman positif dan negatif dalam
pertumbuhan hidupnya.Seorang individu juga boleh menerima atau menolak
pengalaman tersebut dan memberikan pengertian yang bermakna dalam pembentukan
konsep kendiri.
Konsep Asas Teori Pemusatan Perorangan
Manusia sangat unik, mempunyai
potensi diri untuk berkembang, boleh dipercayai, dan berkemampuan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah demi menuju ke arah kesempurnaan
(self-actualization). Setiap manusia akan sentiasa bertindak dan bergerak maju
ke hadapan demi mencapai sesuatu kecenderungan seperti keterangan Maslow atau
Hierarki maslow.
Menurut Maslow, keperluan pada tahap
yang paling bawah, iaitu keperluan fisiologi harus dipenuhi lebih dahulu kerana
keperluan pada peringkat kedua tidak akan wujud jika keperluan pada peringkat
pertama tidak lengkap.Maslow juga menyebut bahawa terdapat perbezaan antara
keperluan peringkat bawah dengan keperluan peringkat tinggi. Antara perbezaan
tersebut adalah seperti yang berikut. Ia termasuk keperluan pada peringkat
tinggi wujud lewat dalam pertumbuhan diri manusia dan kewujudannya adalah
secara beransur-ansur. Oleh sebab keperluan itu lebih tinggi, maka keperluan
tersebut lebih istimewa bagi seseorang individu.
Keperluan fisiologi wujud sebaik sahaja
individu dilahirkan di dunia.Keperluan penghargaan kendiri timbul pada
peringkat remaja dan dewasa, manakala keperluan kesempurnaan kendiri wujud
selepas pertengahan umur.Kepuasan untuk memenuhi keperluan pada peringkat
tinggi akan membawa pengertian yang mendalam kepada diri individu tersebut
seperti gembira. Keperluan pada peringkat tertinggi (keperluan kesempurnaan
kendiri) dianggap sebagai keperluan pertumbuhan.keperluan-keperluan pada
peringkat rendah merupakan keperluan yang mesti dilalui oleh setiap individu
bagi mengekalkan kestabilan.Apabila Rogers mula membina terapinya, ahli terapi
lain memandang manusia sebagai tidak rasional, tidak bersosial, berupaya untuk
memusnahkan diri sendiri, dan sukar untuk mengawal diri.
Rogers menolak idea tersebut dan
menekankan bahwa seseorang individu boleh membimbing dan mengawal diri sendiri.
Beliau menjelaskan bahawa pandangannya terbentuk hasil daripada pengalamannya dalam
bidang psikoterapi. Pandangan terhadap sifat semula jadi manusia terbahagi
kepada empat, iaitu individu mempunyai harga dan penghormatan diri.Rogers
berpegang kuat kepada kepercayaan bahawa manusia sepatutnya diberikan hak untuk
mempunyai pendapat dan pemikran, mengawal destinasi hidup untuk mengajar minat
tersendiri asalkan individu tersebut tidak mengganggu hal orang lain.
Rogers melihat idea yang demokratik
ini mendasari semua idea tentang kemanusiaan dan mempunyai nilai moral dan
nilai praktiknya. Beliau juga percaya bahawa keperluan masyarakat yang
demokratik ini dapat dipenuhi melalui proses sosial dan institusi sosial yang
menggalakkan individu bertindak bebas dan boleh mengarah kendiri.Pandangan
tingkah laku secara persepsi.Rogers menekankan bahawa cara seseorang individu
bertingkah laku dan menyesuaikan diri dalam sesuatu situasi adalah konsisten
dengan cara individu tersebut mempersepsikan diri dan situasi di
persekitarannya.
Beliau mengatakan bahawa”....man
lives essentially in his own personal and subjective world, and even his most
objectives functioning in science, mathematics, and the like is the result of
subjective purpose and subjective choice” (Rogers, 1959). Cenderung ke arah
kesempurnaan kendiri.Rogers menyatakan bahawa setiap manusia sentiasa menuju ke
arah nirwana kendiri. Pencapaian pada tahap tersebut bermaksud bahawa manusia
telah mencapai tahap kesempurnaan kendiri adalah seperti yang berikut iaitu mencapai
perkembangan moral yang tinggi, iaitu lebih mengutamakan kebajikan orang lain.
Ia mempunyai pegangan hidup yang
kukuh, jujur, dan bertindak berdasarkan segala perkara yang dipercayainya
walaupun tidak popular.Mempunyai komitmen yang tinggi terhadap sesuatu tugas
dan pekerjaan.Tidak berminat untuk menjadi pengikut kepada suasana semasa
seperti fesyen, adat resam, dan seumpamanya. Berasa gembira bersama rakan-rakan
tetapi bergantung kepada mereka.Gembira dan gemar dengan kehidupan yang
mencabar.
Manusia baik dan boleh dipercayai.Sejak
kecil lagi, manusia bebas untuk memenuhi keperluan asas supaya mereka dapat
berfungsi sepenuhnya. Menurut Rogers, manusia ialah individu yang positif dan
bersosial serta boleh dipercayai dan konstruktif.Carl Rogers merupakan
satu-satunya pakar yang amat mementingkan manusia sebagai manusia dan
menyangkal keras pandangan yang melihat manusia sebagai objek yang boleh
dimanipulasikan. Beliau juga mementingkan perkembangan manusia yang positif dan
melihat semua manusia sebagai entiti-entiti yang baik dan mulia.
Matlamat Teori Pemusatan Perorangan
Berdasarkan teori Pemusatan
Perorangan atau teori Humanistik (PCC), kaunselor membenarkan klien untuk
menetapkan matlamat mereka sendiri. Kaunselor percaya bahawa individu mempunyai
motivasi dalaman (intrinsik), iaitu keperluan untuk mencapai kesempurnaan
kendiri yang membolehkan klien membina dan mengubah tingkah laku mereka
sendiri. Kaunselor yang menetapkan matlamat untuk klien akan mengganggu asas
semula jadi klien membina dan mengubah tingkah laku mereka sendiri. Kaunselor
yang menetapkan matlamat untuk klien akan mengganggu asas semula jadi klien
tersebut. Kaunselor sebegini tidak dapat membantu individu untuk belajar
bergantung kepada diri mereka sendiri. Justeru, matlamat kaunselor berasaskan
teori PCC adalah untuk menyediakan keadaan terapeutik bagi membolehkan corak
perkembangan normal individu bergerak dengan sendiri.
Matlamat kaunselor
berlatarbelakangkan teori PCC dapat membantu klien menjadi lebih matang dan
dapat bergerak ke arah kesempurnaan kendiri. Objektif kaunseling adalah untuk
membebaskan seseorang individu daripada kebimbangan dan keraguan yang
menghalang individu tersebut daripada memperkembangkan potensinya. Justeru,
kaunseling berasaskan teori PCC dapat membimbing klien mencari sumber kekuatan
diri yang maksimum sama ada secara dalaman atau luaran (Satir, 1991). Rogers
mengakui bahawa keadaan asas untuk kaunseling yang berkesan akan menghasilkan
proses yang berkesan terhadap klien dari segi teknik mempertahankan diri, lebih
kongruen, dan bersikap terbuka. Klien juga mempunyai objektif dan mempunyai
persepsi yang lebih luas. Hal ini dapat membantu klien untuk menyelesaikan
masalah dengan lebih realistik.
Persepsi klien terhadap kendiri
idealnya lebih realistik dan dapat dicapai. Oleh itu, keselarasan atau kendiri
ideal dan kendiri sebenar yang menyebabkan ketegangan dapat dikurangkan dan
tahap tanggapan positif kendiri meningkat. Klien beranggapan bahawa lokus
penilaian dan lokus pemilihan terdapat pada diri sendiri dan nilainya
ditetapkan oleh proses penilaiannya sendiri. Selain itu, klien juga dapat
menerima orang lain, menerima tingkah laku sebagai kepunyaan diri sendiri, dan
kurang menafikan tingkah laku sebagai sebahagian daripada pengalaman. Hal ini
melahirkan klien yang mempunyai tingkah laku yang lebih sosial dan matang.
Teknik-teknik Teori Pemusatan Perorangan
Perkembangan teori Pemusatan
Perorangan memberikan fokus kepada tindakan yang dilakukan oleh kaunselor
terhadap kliennya. Proses kaunseling ini amat mementingkan perhubungan antara
kaunselor dengan klien. Pada pendapat Rogers, terdapat tujuh peringkat
perkembangan terapeutik yang mempengaruhi proses perhubungan kaunseling, iaitu
peringkat pertama ialah perhubungan yang kurang mesra manakala peringkat kedua,
tidak bersedia untuk berkongsi pengalaman. Peringkat ketiga ialah kurang
kesedaran diri dan peringkat keempat iaitu berlaku pertentangan perasaan,
pemikiran, dan tingkah laku.Akhir sekali, peringkat kelima, wujudnya kemesraan
dalam meluahkan pengalaman serta peringkat keenam berlaku kesedaran dalam diri
klien Peringkat ketujuh: Penerimaan tanpa syarat.
Kesemua peringkat tersebut amat
sukar disatukan dalam proses perkembangan terapeutik. Menurut Rogers, individu
mudah berkongsi tentang masalah luaran secara terbuka tetapi bukan pada masalah
sebenarnya. Dalam proses terapeutik, aspek paling penting ialah perasaan
kemesraan serta kerelaan dan perkongsian tentang luahan perasaan antara
kedua-dua belah pihak, iaitu kaunselor dan klien.
Namun, sesetengah kaunselor mungkin
sukar atau tidak dapat mewujudkan proses perhubungan terapeutik berkenaan. Hal
ini demikian kerana kaunselor mempunyai satu pandangan yang rigid terhadap diri
mereka dalam perhubungan dengan klien. Oleh itu, bagi mencapai keadaan
tersebut, maka satu perhubungan terapeutik antara kaunselor dengan klien yang
berasaskan konsep dan amalan kongruen, penerimaan tanpa syarat, dan empati amat
diperlukan. Keberkesanan proses terapeutik bukan sahaja terhasil ketika
menyelesaikan masalah klien tetapi turut terhasil melalui perkongsian perasaan
takut, bimbang, dan malu dengan kaunselor secara jujur dan ikhlas.
Peranan Kaunselor.
Melalui pelaksanaan terapeutik yang
bertujuan mewujudkan perubahan dan perkembangan klien, seseorang kaunselor
perlu berperanan seperti yang berikut:Kaunselor mempunyai sifat empati sebagai
pemudah cara dalam proses terapeutik Kaunselor harus berusaha untuk mewujudkan
suasana yang dapat menimbulkan kebebasan kepada klien supaya mereka dapat
meneroka diri dan masalah mereka. Kaunselor harus melakukan kaonfrontasi agar
klien tidak lagi mempunyai sifat membela diri dengan mencari helah atau alasan
bagi setiap tingkah lakunya.Kaunselor harus melihat dan menganggap kliennya
sebagai individu yang sama taraf dengan dirinya dan berusaha bersama-sama untuk
mengenal pasti masalah klien serta mencari jalan penyelesaian bagi masalah
tersebut. Kaunselor tidak mendiagnosis masalah klien kerana kaunselor hanya
membantu klien untuk memahami diri dan masalahnya dengan lebih jelas.
Bagi memastikan perkara-perkara
tersebut tercapai, Rogers telah membuat hipotesis seperti yang berikut:Wujud
kesan perhubungan psikologikal antara kaunselor dengan klien. Klien berada
dalam keadaan yang bermasalah, tidak kongruen, mudah terpengaruh atau berada
dalam kebimbangan.Kaunselor adalah kongruen dalam perhubungan terapeutik.Kaunselor
perlu mengamalkan sikap menerima tanpa syarat, iaitu kaunselor sedia menerima
kliennya tanpa syarat adan prasangka atau anggapan. Kaunselor mempunyai
perasaan empati dan merasai serta mengalami
segala yang dirasai dan dialami oleh klien Wujud tanggapan atau persepsi
terhadap empati dan penerimaan tanpa syarat dalam memahami klien oleh
kaunselor. Pada masa yang sama, klien juga dapat melihat dan merasai
sifat-sifat dan kebolehan yang ada pada diri kaunselor.
Strategi Membantu Klien.
Antara strategi yang perlu dipatuhi
oleh seseorang kaunselor semasa menjalankan sesi kaunseling adalah seperti
berikut:Kaunselor perlu berminat dengan sesi kaunseling dan perlu bersikap
jujur terhadap kliennya.Minat tersebut dapat disampaikan kepada klien melalui banyak
cara. Contohnya, menepati masa pertemuan, gerak geri, dan ekspresi muka yang
positif terhadap perkara yang dikemukakan oleh klien, membalas setiap tutur
perkara yang diluahkan oleh klien dan sebagainya.Kaunselor perlu patuh kepada
isu kerahsiaanHal ini amat penting untuk mewujudkan suasana yang selamat kepada
klien dalam mengemukakan masalah yang dihadapi dan kelemahan-kelemahan yang ada
pada dirinya. Selain isu kerahsiaaan,
kepercayaan dan saling menghormati juga merupakan faktor yang perlu dipatuhi
semasa menjalinkan hubungan kaunseling.Kaunselor perlu mengetahui sempadan atau
had dalam perhubungan kaunseling.
10.Proses kaunseling individu
Proses membina hubungan. Klien
mengukur kaunselor sama ada benar-benar boleh dipercayai sama ada dia mendengar
apa yang klien perkatakan atau sekadar berpura-pura. Reaksi lisan dan reaksi
bukan lisan kaunselor amatlah memainkan peranan yang penting bagi dan
mengetahui tentang latar belakang serba sedikit tentang diri klien.Di dalam
tahap yang pertama ini perkara yang dititikberatkan ialah membina hubungan dan
penstrukturan. kaunselor boleh membahagikan proses kaunseling kepada beberapa
fasa sewaktu melaksanakan kaunseling (Brammer, 1973).Proses pengstrukturan Pengstrukturan
dilakukan adalah untuk memberikan penjelasan tentang tujuan kaunseling yang
dijalankan, tanggungjawab kaunselor atau klien, pemfokusan dan limitasi.Tahap
penstrukturan semula ini menentukan sifat batasan dan matlamat perhubungan
menolong Kaunselor yang memberitahu klien langkah-langkah yang diambil.
Proses penerokaan.Proses penerokaan
dijalankan adalah bertujuan untuk menimbulkan kepercayaan klien kepada
kaunselor di mana klien merasakan kaunselor berminat untuk membantu dirinya
dalam menyelesaikan permasalahan yang klien hadapi Menurut Charluff dan Anthony
(1979) telah menyatakan bahawa tahap penerokaan adalah dilakukuan bagi membantu
individu melihat dimanakah mereka berada.Tugas atau tanggungjawab kaunselor
dalam membantu klien ialah membimbing klien meneroka situasi dirinya ke arah
jalan penyelesaian yang diinginkan oleh klien dengan mendorong dan memberikan
sokongan serta peka terhadap isyarat tersembunyi iaitu verbal dan non-verbal.
Proses semak alternatif. Proses
semak alternatif dilakukan setelah matlamat kaunseling jelas diperolehi
daripada klien. Kaunselor perlulah mendorong klien membuat perancangan
langkah-langkah yang difikirkan sesuai bagi membantu diri klien mengatasi
masalah yang dihadapi olehnya. Proses mengambil tindakan merupakan sebuah pelan
tindakan yang diambil oleh klien dengan bantuan yang kaunselor telah berikan
bagi mancapai matlamat yang telah ditetapkan oleh klien. Sesuatu pelan tindakan
yang dipilih itu mestilah realistik iaitu boleh dicapai oleh klien supaya dapat
memudahkan klien mengambil tindakan.
Proses penamatan pula berlaku setelah
mendapati klien boleh berdiri dan yakin terhadap tindakan yang diambil
kaunselor berhak menamatkan sesi yang telah berlangsung antara kaunselor dengan
klien. Fungsi penamatan sebenarnya adalah untuk menunjukkan sesuatu yang ingin
ditamatkan, peluang untuk mengakhiri satu pengalaman pembelajaran yang baik
peribadi dan professional. Penamatan perlulah dilakukan mengikut kesesuaian
diri klien tersebut sama ada sudah mampu untuk berhadapan dengan diri sendiri
atau tidak.
Proses susulan adalah merupakan
proses menyemak untuk melihat bagaimana klien melakukannya dan menghormati
apa-apa masalah yang timbul ke atas klien, namun begitu kadang-kadang perkara
ini berlaku sebelum penamatan dan proses ini adalah merupakan proses penyeliaan
yang positif yang boleh menggalakkan kepada pertumbuhan klien yang klien
inginkan.Melalui susulan ini juga, seseorang kaunselor dapat menekankan
penjagaan kaunselor yang tulen dan mengambil berat tentang kliennya. Susulan
dibimbing dalam jangka masa pendek 3 hingga 6 minggu dan jangka panjang
sekurang-kurangnya selepas 6 bulan penamatan.
Kemahiran kaunseling
Pra Sesi. Definisikan sebagai
persediaan awal kaunselor dari segi peribadi, fizikal & maklumat dan rekod
klien merupakan ice breaking. Klien mula membina perasaan kepercayaan terhadap
kaunselor Maklumat peribadi klien perlu dikumpulkan secara sistematik. Reaksi
kaunselor perlulah jujur dan ikhlas Kaunselor perlulah menunjukkan perasaan
kasih sayang. Penyediaan tempat perlulah
selesa dan mempunyai keperluan seperti kerusi meja kipas angin yang mencukupi. Tambah
lagi,tempat perlulah nyaman dan wangi Kaunselor perlu menyediakan ruang yang
tidak sempit dan bersepah dan menentukan keberkesanan Merupakan first
impression klien terhadap kaunselor (sama ada boleh percaya atau tidak.
Membina Hubungan Mewujudkan
kejelekitan dan suasana yang teraputik. Perhubungan yang unik dan istimewa
dinamik serta fasilitatif Menitikberatkan personaliti kaunselor .Ia membawa
klien menghadapi realiti Memberi perangsangan kepada klien. Perkara penting
dalam membina hubungan adalah membina suasana alam sekeliling.Seterusnya, kerusi
yang digunakan klien haruslah dalam keadaan yang elok dan posisi yang betul.
Kauselor mesti membuat suasana yang teratur dan kemas dan bilik jangan terlalu
panas atau sejuk serta berbau harum dan selesa. Disamping itu, suasana
teraputik ,aman dan tenang, tanpa sebarang gangguan sewaktu perbincangan klien dan kaunselor akan berjalan dengan
lancar. Kaunselor juga dapat mendengar luahan dari klien dengan lancar. Ruang
untuk berkomunikasi harus bersesuaian dan selesa sekurang-kurangnya 1-1.5 meter.
Penampilan diri klien akan membuat first impresion kepada kaunselor. Pihak
kaunselor perlu memakai pakaian yang
mengikut norma-norma tempatan, kemas, tidak menjolok mata dan tidak berbau
badan.
Setiap manusia akan mempamerkan ekspresi muka
yang berbeza-beza mengikut perasaan dan keadaan. Sesi kaunseling juga amat
menitikberatkan ekspresi muka dapat membantu meneragkan erti mesej yang ingin
disampaikan Seorang kaunselor yang profesional akan menggunakan kemahiran ini
untuk mempamerkan memek muka yang meyakinkan. Memek muka terbentuk hasil
daripada pandangan mata,kedutan dahi, muka dan hidung serta reaksi wajah yang
lahir ketika sesi kaunseling.
Kontek mata Konteks mata mempunyai
fungsi yang amat penting iaitu memberikan tumpuan, menunjukkan minat,
menunjukkan tanda hormat, menggalakkan perundingan, menimbulkan rasa
penerimaan, rasa percaya, selesa dan kesungguhan.Cara duduk dalam sesi
kaunseling pergerakan tangan dan kaki. Membaca bahasa badan atau gerakan yang
dilakukan oleh klien merupakan kemahiran yang perlu adadalam diri
kaunselor.Seseorang yang bersifat mesra akan duduk condong sedikit ke arah
orang yang bercakap dengannya. Kaunselor perlu mengalakan beberapa ciri duduk
iaitu tidak menyandar di kerusi sambil menggoyangkan badannya secara tidak
berhenti. Jangan menyilangi kaki dengan kaki sebelah di atas lutut, atau sambil
tangan di letak di belakang tengkuk dan menyandar.
Senyuman kaunselor perlu bijak untuk memahami senyuman yang diberikan oleh
klien. Klien yang berasa takut, risau, keliru atau serba salah dan malu
menungkin akan senyum untuk menyembunyikan perasaan tersebut.Nada suara dalam
komunikasi amat penting untuk memudahkan memahami kontak dan situasai yang
sedang dibincangkan. Kaunselor yang boleh memahami nada suara yang dikeluarkan
oleh klien akan dapat mengesan emosi yang terkandung.Contohnya, perasaan tegang,
geram, marah dan sedih Menggalakan klien bercakap Kaunselor perlu pandai
mengajukan soalan yang pelbagai dengan menggunakan soalan-soalan jenis
terbuka.Kaunselor juga perlu mendengar secara aktif, teliti dan empati.
Perstrukturan
Objektif untuk menyediakan nada dan
struktur sesi perundingan. Kontrak kaunseling Menentukan sifat batasan dan
matlamat perhubungan menolong. Cara formal dan tidak formal. Menerangkan
definisi kaunseling kepada klien untuk memudakan klien mengetahui dan memahami
konsep kaunseling. Had masa Setiap sesi kaunseling yang dijalankan mengambil
masa selama 45 minit hingga sejam. Matlamat sesi kaunseling yang telah
dijalankan Memudahkan perubahan tingkah laku Meningkatkan keupayaan klien untuk memulakan
dan meneruskan perhubungan. Etika kerahsiaan dalam kaunseling Kaunselor perlu
menerangkan perkara yang melibatkan isu kerahsiaan dalam kaunseling Peranan
kaunselor Kaunselor menerangkan peranannya sebagai seorang kaunselor dan
peranan klien, hal ini klien dapat memahami serba sedikit tentang perjalanan
kaunseling.
Kemahiran Berkomunikasi
Komunikasi antara kaunselor dan
klien. Penanda aras sama ada sesi itu berjaya atau tidak. Kaunseling adalah
bidang yang melibatkan komunikasi Kemahiran ini terbahagi kepada dua iaitu lisan
dan bukan lisan Kemahiran komunikasi lisan .Menurut Maznah dan Zainal,
komunikasi lisan adalah interaksi tutur kata secara timbal balas antara
pembimbing dan klien dalam memahami dunia klien dengan lebih jelas. Cara
komunikasi paling berkesan berlaku secara terus antara klien dan kaunselor. Mesej
yang hendak disampaikan lebih jelas.Perkara penting dalam kemahiran komunikasi
secara lisan iaitu emahami dan dapat menggunakan sesuatu istilah berkaitan
perasaan tertentu dengan jelas dan menggunakan
istilah berkaitan pemikiran.
Bertanya sesuatu soalan dengan jelas
dan dapat difahami Menyampaikan sesuatu maklumat dengan jelas Menggunakan
analogi yang mudah dan difahami oleh klien. Bertutur dengan tenang dan nada
yang sesuai. Menggunakan susunan perkataan yang teratur dan tutur kata yang
dapat mencabar minda, perasaan ke arah perubahan tingkah laku. Menggunakan
bahan sokongan bagi mengukuhkan pendapat Humor atau jenakan bagi menenangkan
suasana ketegangan dalam sesi Bertindak sebagai seorang pemudah cara Komunikasi
lisan yang tidak digalakkan Kata-kata yang kurang beradab Humor yang berlebihan
Merendahkan kelebihan orang lain Mengawal
suasana Bercakap terlalu laju Menyampaikan secara berlebihan dan berulang kali
sehingga menjemukan Kemahiran lisan terdiri daripada kemahiran asas yang lain Dorongan
minima Parafrasa Refleksi Merumus Kemahiran menyoal Konfrontasi Kemahiran
mengatasi kesenyapan klien Memberi fokus Bimbingan langsung.
Kemahiran Bukan Lisan
Mentafsir bahasa bukan lisan yang
ditunjukkan oleh klien yang mana dapat membantu kaunselor memahami klien dengan
lebih mendalam. Bukan melalui tutur kata tetapi melalui ekspresi muka,
pandangan mata dan gerak-geri. Harus selaras dengan verbal. Boleh digunakan
dalam bentuk pertanyaan, pencetus isu dan pemula perbincangan Soler akronim
kemahiran bukan lisan sebagai panduan kepada kaunselor. Pendapat Mizan Adillah
dan Halimatun Halaliah (2002) tentang fungsi kontak mata Memberi perhatian. Menunjukkan minat Menggalakkan perundingan Menunjukkan tanda hormat. Menggalakkan
luahan perasaan yang jujur Menimbulkan rasa penerimaan Menimbulkan rasa percaya
mempercayai. Menimbulkan rasa keselesaan . Menimbulkan
rasa kesungguhan Relax. Kaunselor perlu menunjukkan suasana tenang. Gangguan yang
menghalang tumpuan seperti melihat jam, teringatkan perkara lain, mengejar masa
dan sebagainya harus dielakkan Bertambah atau berkurangnya tenaga bertutur Fonem
atau suku kata Tahap keserakan suara Kecepatan atau kelambatan tempo perkataan
Pergerakan badan dan tangan.
Kemahiran-kemahiran bukan lisan
Senyuman Antara senyuman yang
berlaku di sepanjang sesi kaunseling Kaunseling perlu menyambut klien dengan
senyuman supaya klien tahu penerimaan kaunselor terhadap dirinya Kaunselor
tersenyum apabila klien menceritakan kenangan manisnya ketika bersama dengan
rakannya sewaktu kecil dulu.Klien tersenyum ketika meninggalkan sesi kaunseling
dan kaunselor membalas senyuman yang diberikan oleh kliennya. Pandangan Mata Ia
menunjukkan kaunselor memberikan perhatian yang sepenuhnya kepada klien. Pandangan
mata juga menunjukkan bahawa diri klien sedang didengar dan diperhatikan.Posisi
badan Posisi badan merujuk kepada pergerakan anggota badanPosisi badan yang
sesuai adalah dengan kaki di lantai badan agak ke hadapan sedikit dan tangan
yang terbuka menunjukkan kesediaan kaunselor.
Kedudukan dan jarak Merujuk kepada
kedudukan fizikal dalam proses kaunseling Kedudukan dan jarak antara kaunselor
dan klien tidak terlalu jauh atau tidak terlalu rapatKaunselor yang berkesan
perlu membenarkan jarak yang mencukupi bagi klien berasa lebih selesa.Expresi
muka Eksperasi muka adalah gambaran hati manusia, ia dapat menggambarkan segala
perasaan, emosi dan fikiran manusia.Ekspresi muka dapat membantu menerangkan
erti mesej yang ingin disampaikan.
Tahap Tenaga Merujuk kepada
kaunselor apabila sedang mengendalikan sesi kaunseling.Tahap tenaga kaunselor
perlulah cergas tetapi tidak terlalu ghairah sehingga menimbulkan rasa terancam
dalam diri klien.Sentuhan Merupakan satu cara fizikal bagi menunjukkan rasa
kasih sayang seseorang kepada orang lain.Sentuhan yang menunjukkan kemesraan
kepada klien seperti memegang tangan, atau menepuk bahu klien bagi
mempersilakan masuk ke bilik kaunseling serta berjabat tangan dengan klien.
Nada Suara Dapat menggambarkan
perasaan individu ketiak berkomunikasi contoh suara yang lemah, biasa dan
lain-lain. Pergerakan Kaki dan tangan Kaunselor perlu memerhatikan setiap
gerakkan tangan dan kaki klien bagi mendapatkan maklumat tambahan.Antara
gerakkan yang biasa dilakukan ialah:Menggaru-garu kepala mungkin menunjukkan
klien berada dalam keadaan gelisah.Menggigit jari pula menunjukkan klien berasa
tertekan.Memegang kepala bermaksud diri klien berasa buntu.
Warna dan Cara Pakaian Apabila
penampilan kaunselor menarik ia memberi gambaran dan imej yang baik kepada
dirinya.Penampilan kaunselor yang mengganggu tumbuan klien adalah seperti bau minyak
wangi yang kuat, berpakaian yang menjolok mata, berpakaian yang terlalu
selekeh, ataupun bau badan yang tidak menyenangkan.
11.Rumusan
Rumusan Bimbingan Suatu usaha untuk
membantu seseorang melakukan sesuatu, diberikan oleh sesiapa sahaja, berbentuk arahan
bukan saranan dengan pengawasan dan pengajaran yang berterusan. Individu
terlibat biasanya tidak mengenali dan menilai potensi diri. Rumusan Kaunseling Proses
menolong yang profesional, bertujuan membantu individu memahami diri dan alam
persekitarannya. Dilakukan oleh kaunselor terlatih yang telah menjalani latihan
khusus. Klien diberi altenatif dan saranan-saranan. Klien dapat meneroka dan
mengenalpasti potensi diri.
12.Rujukan
-Buku Teori-teori dan Kemahiran Asas Kaunseling, Dr.Khoo Bee Lee, 2016, Selangor. Penerbitan Sasbadi Sdn. Bhd.
-https://www.slideshare.net, Bab 6,Kemahiran Asas Kaunseling ,mobile, Fatimah Abdullah, laman sesawang diambil pada 6 Julai 2018, jam 1734 petang.
-https://www.slideshare.net, Bimbingan dan Kaunseling, mobile, Noor Adilah binti Mohd Shafie, laman sesawang diambil pada 5 Julai 2018, jam 2037 malam.
-https://www.slideshare.net, Bimbingan dan Kaunseling, mobile, Noor Adilah binti Mohd Shafie, laman sesawang diambil pada 5 Julai 2018, jam 2037 malam.
No comments:
Post a Comment